Saturday, March 27, 2010

Arsenal 1-1 Birmingham City

Arsenal seri dengan gol last minit daripada kevin philips hasil kebodohan almunia.Kenapa la tak tangkap je bola tu,tepis buat ape.Dah la birmingham main kasar, susah arsenal nak gol.Nasri main mantap,walcott-bendtner-almunia main macam sampah.Aku nak komen lebih pun malas dah.Tunggu lah game barcelona lepas ni.

Friday, March 26, 2010

Preview Arsenal vs Birmingham

Perlawanan malam esok di tempat lawan agak sukar kerana birmingham mempunyai rekod yang agak baik di tempat sendiri.Tambahan lagi dengan penggantungan Vermaeleen pasti menyukarkan kem arsenal menyekat asakan daripada penyerang birmingham.Ape ape pun aku pasti arsenal pasti menang jika bermain dengan sungguh sungguh.Dengan baki 7 perlawanan lagi, semangat the gunners pasti lagi membara bagi menggenggam trofi liga musim ni.
Wenger sekali lagi mempertaruhkan Bendtner bagi merobek gawang lawan esok dan dibantu oleh arshavin,nasri dan fabregas.
So, barisan kemungkinan malam esok :
Almunia
Eboue-Campbell-Silvestre-Clichy
Song
Fabregas-Nasri
Walcott-Bendtner-Arshavin

Ramalan: Arsenal 3-1 Birmingham

Saturday, March 20, 2010

Arsenal 2-0 West Ham

Arsenal bermain dengan sepuluh orang apabila thomas vermaeleen dilayangkan kad merah pada minit terakhir babak pertama.Cukup mengecewakan kerana vermaeleen adalah benteng pertahanan utama arsenal.Namun begitu arsenal tetap menang dengan 2 gol berbalas kosong.
Gol pertama dijaringkan oleh denilson hasil gerakan cantik one two bersama bendtner.West ham berpeluang menyamakan kedudukan menerusi penalti tetapi almunia berjaya menyelamatkan gawang arsenal.Hari ni bendtner kurang menyerlah dan beliau telah digantikan oleh diaby pada minit ke 52.Dengan ketiadaan vermaeleen,song ditugaskan menggantikan tempat beliau manakala sagna masuk menggantikan nasri bagi membolehkan eboue menyerang.Diaby bermain dengan baik apabila berjaya mengawal bola lekat di kakinya.Gol kedua arsenal ialah melalui penalti apabila bola yang disepak fabregas terkena tangan defend west ham.Fabregas menyempurnakan penalti dengan tenang sekali bagi mengesahkan kemenangan arsenal.
 Denilson meraikan jaringan bersama Bendtner

Dengan kemenangan tersebut arsenal kini di persada liga mengumpul 67 mata diikuti man utd 66 dan chelsea 64.Jadi harapan kita semua agar man utd kalah kepada liverpool esok dan chelsea seri dengan blackburn.

Friday, March 19, 2010

Preview Arsenal vs West Ham

Arsenal bakal turun dengan pasukan yang mantap pada perlawanan ni apabila fabregas, rosicky dan song kembali semula dalam kesebelasan utama.Arsenal perlu menang ke atas west ham bagi menghuni kedudukan teratas liga apabila man utd dan chelsea akan bermain pada hari ahad.


Dengan reputasi bendtner yang semakin bagus, beliau sekali lagi akan memikul tugas sebagai penjaring utama arsenal pada game tersebut dan akan di bantu oleh jentera midfield yang sangat mantap seperti mesin penjaring gol iaitu fabregas, arshavin,nasri,eboue dan diaby.Tidak lupa juga vermaeleen yang mampu menjaringkan gol melalui heading.

Barisan kesebelasan utama pilihan saya

Almunia
Eboue-Campbell-Vermaeleen-Clichy
Song
Diaby-Fabregas-Nasri-Arshavin
Bendtner

Ramalan : ARSENAL 4-1 West Ham

Saturday, March 13, 2010

Arsenal 2-1 Hull City

Wednesday, March 10, 2010

Arsenal 5-0 Porto (Aggregate 6-2)

Sunday, March 7, 2010

Arsenal 3-1 Burnley

Friday, March 5, 2010

Preview Arsenal vs Burnley

Arsenal menjangkakan kepulangan arshavin,diaby dan denilson pada pertemuan menentang burnley esok.Jika kemenangan berpihak kepada arsenal esok malam,arsenal bakal memimpin takhta liga kerana man utd bermain ahad nanti manakala chelsea bermain fa cup.Arsenal esok tanpa gallas,campbell,songJadi,untuk mengembalikan semula keyakinan para pemain,mereka perlu menang dan yang pastinya kemenangan untuk ramsey.
Arshavin

Barisan kemungkinan esok:

Almunia
Sagna-Silvestre-Vermaeleen-Clichy
Walcott-Rosicky-Fabregas-Nasri-Arshavin
Bendtner

Ramalan : Arsenal 4-1 Burnley