Saturday, April 3, 2010

Arsenal 1-0 Wolverhampton

Perlawanan yang penuh mendebarkan saya begitu juga fan arsenal yang lain.Arsenal mencipta banyak peluang gol bermula sejak awal permainan lagi namun tiada gol berjaya dijaringkan.Dengan team yang agak kuarang mantap tanpa pemain utama,wenger memasukkan bendtner,nasri dan vela pada babak kedua bagi memburu gol kemenangan.

Sehingga minit yang ke 90,arsenal masih tiada gol dan wenger jelas sekali begitu tertekan.Dengan bermain pada masa tambahan,arsenal cuma mengatur gerak semula sementara pemain2 wolves cuba melengah lengahkan masa.Hasilnya,di minit2 terakhir,nasri membawa bola dari tengah dan pass kepada rosicky lalu dihantar ke tepi kanan kepada walcott dimana walcott menolak kepada sagna untuk cross.Cross daripada sagna tepat kepada bendtner yang tidak mensia siakan peluang untuk menanduk gol kemenangan arsenal.Keputusan ARSENAL 1-0 Wolves.
Wira Arsenal

Friday, April 2, 2010

Preview Arsenal vs Wolves

Arsenal bakal turun dengan barisan yg agak tempang lebih2 lagi tanpa beberapa tonggak utama seperti fabregas,arshavin,dan gallas.Namun bagi saya,perlawanan dengan wolves agak mudah,so tak perlu lah fan2 arsenal nak risau sangat.Dengan adanya nasri,walcott,denilson dan bendtner dijangka mereka semua mampu merobek gawang wolves.
Barisan pertahanan pula masih baik dengan kepulangan vermaeleen setelah digantung 1 perlawanan tempoh hari.Beliau akan dibantu oleh campbell dan bek kiri dan kanan saya kurang pasti siapa yang bakal diturunkan memandangkan perlawanan kedua di nou camp semakin hampir.Wenger mungkin akan merehatkan beberapa pemain.

Barisan kemungkinan malam ni

Almunia
Sagna-Campbell-Vermaeleen-Clichy
Song
Rosicky-Denilson
Walcott-Bendtner-Nasri

Ramalan Arsenal 3-0 Wolves

Thursday, April 1, 2010

1st Leg : Arsenal 2-2 Barcelona

Arsenal bangkit dari ketinggalan 2-0 untuk menyamakan kedudukan 2-2 tamat masa permainan.Bola yang dilihat sejak awal lagi didominasi oleh pihak lawan diketui Xavi yang menjadi penggerak utama di bahagian tengah.Asakan demi asakan dilakukan oleh barcelona namun ketangkasan Almunia dan benteng arsenal berjaya menidakkan jaringan gol lawan.Keputusan kekal 0-0 tamat separuh masa pertama.
Separuh masa kedua bersambung dan tak sampai beberapa saat, ibrahimovic berjaya menjaringkan gol apabila beliau melihat almunia sedikit terkeluar ke depan.Cuma perlu lambungkan bola untuk gol pertama.Asakan diteruskan oleh barcelona dan kadangkala arsenal mengasak kubu barca,hasilnya ibrahimovic sekali lagi menjaringkan gol pada kedudukan yang hampir sama ketika gol pertama.Namun,setelah walcott masuk, arsenal berjaya merampas kawalan bola dan hasilnya walcott menjaringkan gol dari kanan menjadikan kedudukan 2-1.Pada minit ke 84 puyol dilayangkan kad merah apabila mengepit kaki fabregas dan penalti diberikan.Fabregas dengan tenang menjaringkan gol dan tidak meraikannya bagi menghormati kelab lamanya.


Dengan keputusan 2-2 arsenal bakal berdepan laluan sukar di nou camp nanti apabila fabregas tak dapat diturunkan akibat penggantungan juga kecederaan patah tulang fibula dan dijangka tidak bermain selama 6 minggu.Lebih malang lagi,Gallas dan Arshavin juga tidak bermain akibat kecederaan betis.Namun benteng barcelona juga agak goyah nanti dengan ketiadaan gerard pique dan puyol.
Sekian sahaja..