Friday, December 31, 2010

Selamat Datang 2011

 
 
Tahun 2010 dah pun berlalu.
Xbanyak yg aku alami dalam tahun 2010 dan boleh dikatakan tahun yg agak suram dalam hidup aku. Dari segi cinta, kewangan, persahabatan, dan keluarga semuanya sederhana. Namun 2010 telah memberi impak yg agak besar juga dalam kategori keluarga.
 
Aku juga telah membuat pembelian terbesar dalam hidup dengan menghabiskan kira2 RM6,500 untuk membayar deposit kereta pertama aku iaitu PROTON SAGA BLM. Kereta yg masih suci lagi tanpa convert apa2 disebabkan masalah kewangan.
Untuk bolasepak pula, kelab aku ARSENAL, aku semakin suka kepada SAMIR NASRI yg banyak mempamerkan skil2 menarik dan seronok dilihat. Aku harap 2011,ARSENAL akan lebih bagus dan dapat menang trofi EPL dan kalahkan BARCELONA. . .

Untuk cinta pula, banyak pengalaman menarik telah aku lalui bersama si dia yg sangat comel dan periang. Namun pergaduhan masih juga berlaku dan 2011 aku harap, kami akan lebih baik dan rapat.

Persahabatan jelas sekali amat terjejas teruk dalam tahun 2010 dimana, rakan2 sekolah jarang contact dan jarang juga keluar bersama. Mungkin masing2 sibuk agaknye. Think positif.

2011 aku akan membuat beberapa perancangan yg aku rasa bagus untuk diri aku.Harap berjaya.



Before Match : Birmingham vs Arsenal

Arsenal menurunkan barisan terkuat untuk game ni.

Fabianski
Sagna-Djorou-Koscielny-Clichy
Song
Fabregas-Wilshere
Walcott-V.Persie-Nasri

Arshavin sekali lagi bakal diletakkan di bangku simpanan kerana beliau sering kelihatan malas mengejar bola dan selalu melepaskan bola kepada pihak lawan. Namun sumbangan arshavin terhadap gol arsenal xdapat dinafikan lagi. Tengok je pada match lawan wigan haritu,walaupun arshavin nampak malas tapi dye berjaya score gol dan assist gol bendtner.
Birmingham mempunyai rekod yg cukup baik di tempat mereka dengan rekod kalah sekali dalam tempoh 16bulan. Aku pun xpecaye.

Dengan pemain sedia ada,Arsenal xde masalah untuk menang match ni.

Thursday, December 30, 2010

Sesi kemasukan IPT bermula September

Mulai tahun depan, IPT akan menerima kemasukan pelajar bermula september yang telah ditukar daripada julai. Ini bermakna para pelajar akan bercuti hanya sekali setahun selama lebih kurang 4bulan dan diselaraskan untuk semua IPT.

Berita ni agak teruja tetapi terdapat kelebihan dan kekurangannya dan xpayahlah nak diceritakan.
Lebih lanjut di muka depan Berita HARIAN.

Habuan pemain Malaysia RM25 000 seorang

Pemain Malaysia bakal menerima durian runtuh setelah berjaya menjuarai AFF suzuki cup buat pertama kali dalam tempoh 14tahun. Anggaran kasar pemain akan menerima RM 25,000 seorang darIpada hadiah kemenangan USD 100,000 , MSN bagi RM5,000 seorang dan Tabung Akujanji bagi RM 4,000 seorang. Lebih menarik lagi, FAM juga akan memberikan ganjaran namun jumlahnya masih belum diketahui.

Mewah jugak hidup wira2 bolasepak ni.
JELES!


Wenger TAKNAK Shopink Januari 2011


 Wenger jelas mempertahankan kebolehan para pemain Arsenal dengan mengatakan Arsenal tidak perlu berbelanja pada musim perpeindahan Januari ini. Walaupun beliau menyedari kegoyahan benteng pertahanan arsenal telah menyebabkan arsenal keciciran mata yg banyak musim ni,beliau tetap optimis dgn tindakannya.

Gandingan squillaci dan koscielny sgt huru hara. Kecederaan panjang Vermaelen telah memberi impak besar terhadap barisan pertahanan. Walaupun wenger xnak beli pemain, Djorou sepatutnya menjadi pemain utama menggantikan squillaci kerana permainan Djorou lebih kemas dan cantik.

Ramai peminat kecewa dgn tindakan wenger menukar 8pemain ketika menentang Wigan tempoh hari tetapi bagi aku,pertukaran pemain yg dilakukan sangat bagus.Rata2 pemain simpanan arsenal kelihatan begitu mantap cuma yg peliknya knp perlu merehatkan Djorou? 

Dengan kembalinya vermaelen hujung januari nanti ,arsenal akan lebih kukuh di pertahanan dan posisi lain tiada masalah lebih2 lagi kembalinya van persie dalam skuad utama telah menguatkan jentera serangan arsenal.

Monday, December 27, 2010

Arsenal 3-1 Chelsea

Memang best bila menang besar macam ni. Gol2 dijaringkan oleh song,fabregas dan walcott manakala ivanovic menjaringkan untuk chelsea. Kemenangan ni menjadikan arsenal naik ke tangga ke2 semula, 2mata dibelakang man utd. Tahniah arsenal.






Sunday, December 26, 2010

Chamakh memerlukan rehat

Chamakh : Sudah banyak beraksi

Pemain maghribi ini telah bermain hampir kesemua perlawanan arsenal semenjak menyertai kem arsenal. Hal ni disebabkan bendtner dan v.persie yg masih injured pada awal musim.

Prestasi chamakh telah menurun baru2 ni mungkin kerana faktor kepenatan dan bagi aku chamakh memerlukan rehat yang secukupnya. Berdasarkan corak permainan chamakh, aku x berapa suka sangat sebab dye ni xsuka shoot. Seorang striker perlu mencari peluang melepaskan rembatan bukannya memberi peluang kepada teammate shoot. Kawalan bola dari chamakh memang bagus cuma dye xsuka rembat walaupun diberi peluang yg terbuka.

Wenger mungkin perlu melatih mamat ni shoot time training. xtaulah kenapa dye malu sangat depan gol. Dah ada peluang,shoot je.Sekian saja untuk kes chamakh.

Arsenalteamkami.

Before Match : Arsenal vs Chelsea


Barisan pemain Arsenal :

Fabianski
Sagna-Squillaci-Koscielny-Clichy
Song
Walcott-Fabregas-Wilshere-Nasri
V.Persie

Formation mungkin macam ni, tapi kalau wenger guna 2 penyerang dgn memasukkan chamakh sekali nampak lebih mantap dan kuat.

Chelsea yg banyak keciciran mata baru2 ni dengan yakin berkata mampu mengalahkan arsenal. Namun bagi aku, Arsenal mampu dan boleh kalahkan chelsea kat emirates nanti.

 Van persie : Tersenarai dalam 11 utama

Game start pada pukul 4pagi hari selasa. Arsenal mesti menang!!

Malaysia 3-0 Indonesia



Satu perlawanan yg cukup menarik ditonton,penuh aksi, padat dengan drama dan kontroversi. Persembahan anak didik K.Rajagopal pada malam semalam memang harus diberikan pujian kerana berjaya mempamerkan aksi mantap dan bertenaga. 

Pemain tengah Malaysia selaku kapten, Safiq rahim berjaya mengawal kawasan tengah dengan baik dan berjaya bermain ala2 Xavi hernandez (puji sket). Pemain sayap malaysia, Kunalan juga berjaya membolosi bahagian tepi indonesia sekali sekala dan berjaya memberikan tekanan kepada pihak lawan.

Serangan demi serangan diatur dan dilancarkan oleh kedua dua pasukan namun Malaysia jelas sekali lebih menguasai bola. Dengan kehadiran puluhan ribu penyokong Malaysia di stadium Bukit jalil, menyemarakkan lagi semangat pemain2 negara.

Namun,kedudukan terikat 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama. Bermulanya masa kedua, rajagopal memasukkan ashaari menggantikan amirulhadi bagi mengisi posisi sayap kiri. Ashaari merupakan penjaring terbanyak liga super 2010 dan kemasukan beliau jelas membuahkan hasil dengan membantu jentera serangan yg diketuai oleh norshahrul dan safee sali.

Pemain bernombor 9, norshahrul idlan talaha yang baru saja berkahwin sehari sebelum perlawanan ni telah memberikan impak besar terhadap kemenangan ni. PADA MINIT KE 60, kebijaksanaan beliau terserlah apabila berjaya mencuri bola yg disangka keluar oleh defend indonesia dan membawanya ke tengah kotak penalti. Namun, beliau bijak apabila melorongkan bola kepada safee sali yg dgn mudahnya menyepak masuk ke gawang gol indonesia.Malaysia 1 didepan.

Norshahrul idlan talaha

Minit ke 68, shahrul sekali lagi mencuri tumpuan apabila mengelecek masuk ke kotal penalti indon dan melepaskan rembatan namun berjaya dihalang defend indon. Tetapi bola muntah tersebut berjaya dirembat kemas oleh Ashaari terus ke penjuru kiri gol indonesia. Satu gol yg cantik.MALAYSIA 2 di depan.

Minit ke 72, defend kiri malaysia, Mahali naik ke atas membantu serangan. Hasil cross beliau dari kiri, berjaya mencari safee sali yg tidak dikawal.Safee berjaya menyudahkan free header kencang untuk gol ketiga MALAYSIA. bAgi aku, ni gol tercantik malam tu.

 Wira2 Malaysia

Dengan kemenangan ni, malaysia berjaya mendapat bekal selesa untuk final ke2 rabu ni.Aku harap malaysia berjaya untuk final ke2 nanti. So, tahniah Malaysia dan tahniah kepada semua pemain malaysia begitu juga para penyokong malaysia. Terima kasih kerana menunjukkan permainan menarik dan aku terhibur.

Jumpa lagi...


Saturday, December 11, 2010

Before match : Man Utd vs Arsenal


Perlawanan penentuan tempat pertama sememangnya hangat diperkatakan.Belum pun mula perlawanan,perang psikologi sudah pun dilancarkan.

Aku paling menyampah fan2 united.Cakap besar je,berlagak nak mampus.Aku rasa yakin kali ni arsenal boleh menang kat old trafford.Dan pastinya semua gunners mengharapkan fabregas dapat bermain pada perlawanan penting macam ni,namun keputusan sama ada cesc boleh main ke x masih xtau lagi.

Fabregas : Arsenal mengharapkan beliau beraksi

Fabregas dah ingatkan rakan2nya yg arsenal mesti menang dalam game ni bagi membuktikan taring sebenar yg dimiliki skuad muda arsenal.Begitu juga dengan player2 united yg begitu yakin dapt kalahkan arsenal untuk game awal pagi selasa nanti.

Line up yg dijangka turun:

Fabianski
Sagna-squillaci-koscielny-Clichy
Wilshere-song-rosicky
Nasri-chamakh-arshavin

Gandingan centre back arsenal antara laci dan kos memang agak teruk begitu juga dengan defend2 man utd jugak.kat sini dah agak seimbang.

bahagian tengah plak arsenal perlukan pemain yg lebih mantap seperti rosicky dan fabregas.Namun wilshere bakal mengambil position fabregas kalau fab memang xdapat diturunkan.

arshavin perlu pandai kawal body balance sebab dye ni selalu sangat jatuh dan hilang bola.kalau arshavin on form jugak malam tu sama macam nasri,memang konfem arsenal menang.

Nasri : Diharap mampu membuat magic lagi

So,aku berharap sangat arsenal menang lebih2 lagi dah menaip panjang macam ni.Arsenal 3-2 man utd.Boleh menang lah.

Game start awal pagi selasa jam 3.30 pagi.

Wednesday, December 8, 2010

Arsenal 3-1 Partizan

Persembahan arsenal kurang mantap di awal permainan namun di penghujung permainan arsenal berjaya bangkit.

Formation 442 :

Fabianski
Sagna-squillaci-koscielny-gibbs
Nasri-song-denilson-arshavin
rvp-chamakh

Gol pertama minit ke 30 hasil sepakan penalti van persie.Sungguh tenang dan yakin sekali rvp shoot.
Namun,bermula babak ke2, partizan berjaya menyamakan kedudukan menerusi reflection daripada squillaci.

rvp semakin cergas

Arshavin yg agak lemau dan lembik pagi tadi (kejap2 jatuh) digantikan oleh walcott dan kemasukan walcott adalah amat berbaloi apabila beliau berjaya menyumbat gol kedua menerusi volley cantik.

Kemasukan walcott berjaya membakar semangat arsenal

Gol kedua berjaya membakar semangat the gunners dan arsenal terus mengasak,hasil gerakan cantik song menghampiri kotak penalti partizan,song menghantar bola kepada nasri dan nasri berjaya menyumbat gol ketiga arsenal melalui rembatan kaki kirinya.Hasilnya, arsenal layak ke pusingan kalah mati.Yes!!

Tapi,sagna kena red card time minit 85.Macam xpatot je.Pemain penting plak tu.Harap2 wenger buat rayuan.

Agak lega sekarang sebab arsenal dah layak.sekarang xsabar menghitung hari isnin untuk pertemuan vs man utd.aku yakin arsenal boleh menang.



http://www.mediafire.com/download.php?t45me7mzexw11a0

Saturday, December 4, 2010

Arsenal 2-1 Fulham

Kemenangan pertama di Emirates untuk musim ni.Sangat2 gembira dan mengujakan dengan Samir Nasri terus menambah koleksi gol beliau.

Line up Arsenal:

Fabianski
Sagna-Squillaci-Koscielny-Clichy
Rosicky(C)-Song-Wilshere
NASRI-Chamakh-ARSHAVIN

 Nasri the best

 Kawalan bola yang cantik

Chelsea seri 1-1 dengan Everton dan Man utd punye match ditunda. Arsenal dengan ini berjaya merampas kembali tempat teratas liga mengumpul 32 mata.Satu petanda yang baik.

Masalah utama disini ialah betape rapuhnya benteng pertahanan arsenal yg selalu sangat melepaskan gol.Perkara ni perlu diambil serius lebih2 lagi untuk match menentang Man utd minggu depan.

Tapi,kemenangan ni memang bagus untuk player2 arsenal bagi menambahkan semangat untuk minggu depan begitu juga dengan fan2 arsenal.Belasah man utd next week!!

http://www.mediafire.com/?6ce2x0d3864ti1c 

Wednesday, December 1, 2010

Arsenal vs Ipswich : Semi final carling cup

Peluang terbaik arsenal untuk memenangi trofi selepas 5tahun walaupun ia sekadar carling cup.Tapi, tetap trofi jugak.Lawan di semi final nampak mudah namun jangan diambil ringan akan kemampuan skuad pimpinan roy keane tersebut.

Satu lagi semi's antara birmingham dan west ham.Final di wembley.