Tuesday, January 5, 2010

Ulasan perlawanan Arsenal vs Bolton

Peminat2 arsenal sekalian,malam ini kita bakal menyaksikan pertembungan antara arsenal dan bolton.Sekali lagi, skuad wenger bakal beraksi tanpa bintang muda kita cesc fabregas(hamsring) begitu juga dengan alex song(piala africa).Walau bagaimanapun,kita masih boleh mengharapkan sentuhan pemain muda iaitu aaron ramsey yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.Kita juga masih ada eduardo,arshavin dan diaby begitu juga dengan samir nasri dimana bahagian serangan arsenal masih tajam.Dan saya harap lah arsene wenger akan menurunkan barisan terkuat pada aksi menentang bolton malam ini kerana kemenangan pada malam ini penting untuk arsenal memintas man u di tempat kedua liga.Benteng pertahanan arsenal diketuai Gallas dan vermaleen (tengah)serta sagna (kanan) dan mungkin traore di bahagian kiri.Bahagian tengah saya tak pasti sebab ramai sangat midfield berbakat.Hehe.

Aaron Ramsey

Berita terbaru yang saya dengar melalui radio ketika menumpang kereta kawan saya pagi tadi,wenger telah membuat bidaan sekitar 9juta pound bagi mendapatkan penyerang sensasi west ham carlton cole bagi mengisi kekosongan van persie.Berita ini sangat menggembirakan penyokong2 arsenal kerana jentera serangan kita akan bertambah kuat.Hahaha..Harap2 dapat score 10 gol setiap perlawanan.Banyak sangat kot.5 gol pun ok jugak kot.


Carlton Cole

Dan yang terakhir ramalan keputusan pada malam ini antara arsenal vs west ham.Memandangkan anak2 buah wenger semakin bersemangat nak memintas man u,saya berpendapat arsenal bakal menang pada game malam ini dengan kemenangan 4-0(arshavin,eduardo,nasri,diaby).Nanti saya akan update result malam ini dan kalau sempat saya akan postkan video sekali.Sekian sahaja.

Salam arsenal.

No comments:

Post a Comment