Saturday, March 20, 2010

Arsenal 2-0 West Ham

Arsenal bermain dengan sepuluh orang apabila thomas vermaeleen dilayangkan kad merah pada minit terakhir babak pertama.Cukup mengecewakan kerana vermaeleen adalah benteng pertahanan utama arsenal.Namun begitu arsenal tetap menang dengan 2 gol berbalas kosong.
Gol pertama dijaringkan oleh denilson hasil gerakan cantik one two bersama bendtner.West ham berpeluang menyamakan kedudukan menerusi penalti tetapi almunia berjaya menyelamatkan gawang arsenal.Hari ni bendtner kurang menyerlah dan beliau telah digantikan oleh diaby pada minit ke 52.Dengan ketiadaan vermaeleen,song ditugaskan menggantikan tempat beliau manakala sagna masuk menggantikan nasri bagi membolehkan eboue menyerang.Diaby bermain dengan baik apabila berjaya mengawal bola lekat di kakinya.Gol kedua arsenal ialah melalui penalti apabila bola yang disepak fabregas terkena tangan defend west ham.Fabregas menyempurnakan penalti dengan tenang sekali bagi mengesahkan kemenangan arsenal.
 Denilson meraikan jaringan bersama Bendtner

Dengan kemenangan tersebut arsenal kini di persada liga mengumpul 67 mata diikuti man utd 66 dan chelsea 64.Jadi harapan kita semua agar man utd kalah kepada liverpool esok dan chelsea seri dengan blackburn.

No comments:

Post a Comment