Thursday, April 1, 2010

1st Leg : Arsenal 2-2 Barcelona

Arsenal bangkit dari ketinggalan 2-0 untuk menyamakan kedudukan 2-2 tamat masa permainan.Bola yang dilihat sejak awal lagi didominasi oleh pihak lawan diketui Xavi yang menjadi penggerak utama di bahagian tengah.Asakan demi asakan dilakukan oleh barcelona namun ketangkasan Almunia dan benteng arsenal berjaya menidakkan jaringan gol lawan.Keputusan kekal 0-0 tamat separuh masa pertama.
Separuh masa kedua bersambung dan tak sampai beberapa saat, ibrahimovic berjaya menjaringkan gol apabila beliau melihat almunia sedikit terkeluar ke depan.Cuma perlu lambungkan bola untuk gol pertama.Asakan diteruskan oleh barcelona dan kadangkala arsenal mengasak kubu barca,hasilnya ibrahimovic sekali lagi menjaringkan gol pada kedudukan yang hampir sama ketika gol pertama.Namun,setelah walcott masuk, arsenal berjaya merampas kawalan bola dan hasilnya walcott menjaringkan gol dari kanan menjadikan kedudukan 2-1.Pada minit ke 84 puyol dilayangkan kad merah apabila mengepit kaki fabregas dan penalti diberikan.Fabregas dengan tenang menjaringkan gol dan tidak meraikannya bagi menghormati kelab lamanya.


Dengan keputusan 2-2 arsenal bakal berdepan laluan sukar di nou camp nanti apabila fabregas tak dapat diturunkan akibat penggantungan juga kecederaan patah tulang fibula dan dijangka tidak bermain selama 6 minggu.Lebih malang lagi,Gallas dan Arshavin juga tidak bermain akibat kecederaan betis.Namun benteng barcelona juga agak goyah nanti dengan ketiadaan gerard pique dan puyol.
Sekian sahaja..

No comments:

Post a Comment