Wednesday, January 27, 2010

Piala Liga : Manchester United 3-1 Manchester City

Dengan aggregat 4-3 man u berjaya melangkah ke wembley pada aksi final menentang aston villa.Sekali lagi rooney menjadi nadi utama kemenangan ini apabila berjaya menjaringkan gol pada minit terakhir perlawanan manakala gol sulung man city dijaringkan oleh penyerang sensasi man city, carlos tevez.

Highlight
http://www.mediafire.com/?oy4lymkkfnh

Arsenal 0-0 Aston Villa

Sekali lagi result yang mengecewakan selepas kekalahan kepada stoke tempoh hari.Keputusan seri tanpa jaringan ini menyaksikan arsenal turun ke tempat ke 3 liga dengan 1 mata di bawah Man u dan 2 mata di bawah chelsea yang memiliki perlawanan dalam tangan.

Sunday, January 24, 2010

FA Cup : Arsenal 1-3 Stoke City

Kekalahan pertama arsenal dalam 10 perlawanan terakhir amat mengecewakan saya.Wenger menurunkan barisan simpanan pada game ini bagi merehatkan pemain pemain utama untuk aksi menentang aston villa.Kekalahan ini menyaksikan arsenal terkeluar dalam saingan piala fa sama seperti man united.Aksi sulung sol campbell amat menghampakan apabila gawang arsenal dibolosi seawal minit ke-2 permainan.Memang sol campbell tidak layak untuk bermain dalam kesebelasan utama.Menghampakan.


EPL : Manchester United 4-0 Hull City

Wayne Rooney menjadi wira united apabila berjaya meledakkan 4 gol pada perlawanan semalam.Kemenangan tersebut meletakkan MU di tangga teratas liga.

Wednesday, January 20, 2010

EPL : Arsenal 4-2 Bolton

Ketinggalan 2-0 pada awal permainan tidak mematahkan semangat pemain-pemain arsenal apabila mereka bangkit dari ketinggalan untuk memburu gol kemenangan.Gol pembukaan daripada Cahill (7') dan Taylor(penalti 28') amat mencabar reputasi arsenal yang perlu menang untuk berada di kedudukan teratas liga.

Rosicky berjaya merapatkan jurang apabila meledak gol pertama arsenal melalui rembatan kencang kaki kanannya pada minit ke 44.Kapten arsenal,cesc fabregas berjaya menyamakan kedudukan menjadi 2-2 pada minit ke 52.Arsenal di depan pada minit ke 65 dengan 3-2 apabila Thomas Vermaelen berjaya mencecah jaring melalui sepakan deras kaki kirinya sekaligus mengumpul 6 gol musin ini.Arshavin mengesahkan kejayaan buat Arsenal dengan menjaringkan gol cantik pada 5 minit sebelum tamat permainan menjadikan kedudukan 4-2.

Sagna-Eduardo-Arshavin-Fabregas

Dengan kemenangan tersebut,arsenal kini berada di puncak liga memintas chelsea melalui perbezaan gol.

Highlight Arsenal vs Bolton
1st Half http://www.mediafire.com/?nwd2onnz2zf
2nd Half http://www.mediafire.com/?wgl22zmmgzq

Tuesday, January 19, 2010

Manchester City 2-1 Manchester United

Carlos Tevez berjaya menyumbat 2 gol pada aksi separuh akhir pertama piala liga menentang kelab lamanya Manchester United.Tevez superb!!



Full highlight
1st Half : 133.22MB : http://www.mediafire.com/?tdtyjgqynn2
2nd Half : 150.16MB :http://www.mediafire.com/?kjzyjnztjgm
 

Monday, January 18, 2010

Arsenal 2-0 Bolton

1 gol daripada cesc fabregas pada babak pertama dan 1 lagi daripada merida pada babak kedua sudah cukup untuk memberikan 3 mata berharga buat arsenal yang kini kekal di tangga ketiga dengan ketinggalan 3 mata sahaja.Fabregas yang baru sembuh daripada kecederaan hamstring berjaya membuktikan bahawa beliau adalah pemain tengah terbaik ketika ini dengan mengumpul 10 gol untuk premier league setakat ini.

Fabregas dan Merida

Perlawanan seterusnya pada rabu ini juga menentang bolton di emirates adalah amat penting kerana selepas ini arsenal bakal berdepan aston villa,manchester united,chealsea dan liverpool berturut turut.Ketiadaan alex song amat membimbangkan skuad arsenal ketika ini yang dilanda kecederaan teruk sekali lagi musim ini.Yang terbaru Samir nasri dan Aaron ramsey.

Ramalan Arsenal 4-0 Bolton

Saturday, January 16, 2010

Samuel Galindo sertai Arsenal

Wenger telah berjaya mendapatkan pemain tengah dari Real America.Galindo yang baru berusia 17tahun berasal dari Bolivia.Pemain ini mempunyai ketinggian 6kaki 2 inci,tahap stamina yang tinggi serta mampu memberi hantaran bola yang baik.Tetapi pemain ini akan dipinjamkan ke kelab lain.


Thursday, January 14, 2010

Sekitar Musim Perpindahan Arsenal

Sol campbell telah mengesahkan bahawa beliau akan menyarung jersi arsenal semula setelah menandatangani kontrak jangka pendek selama 6 bulan.Sol akan bertindak selaku pertahanan simpanan bagi menggantikan posisi gallas atau vermaleen.Pemain berusia 35 tahun ini dijangka bakal memperkuatkan benteng pertahanan skuad arsene wenger yang kelihatan goyah ketika seri dengan everton pada perlawanan lepas.


Philippe Senderos, pemain pertahanan arsenal dari switzerland menegaskan bahawa beliau mungkin akan meninggalkan kem arsenal bagi menjamin tempatnya dalam skuad kebangsaan.Pada pendapat saya lah,biarlah dia keluar.Bukan hebat sangat pun.So,tiada halangan untuk En Senderos blah...

Senderos yang budget star

Sekali lagi arsenal dikaitkan dengan seorang lagi striker kali ini dari Lazio,zarate.Beliau berusia 22 tahun dan berasal dari Argentina.Zarate dikatakan mengalami pertengkaran dengan pengurusnya dan dijangka bakal menarik minat kelab epl seperti chealsea dan manchester city.Bagi saya,wenger takkan beli mana mana striker januari ni kerana beliau lebih berminat mendapatkan pemain secara percuma. Yang pastinya,chamakh bakal menyertai arsenal musim panas nanti secara free transfer memandangkan kontraknya bakal tamat pada jun nanti.




Chamakh

Jangan lupa menyaksikan perlawanan arsenal-bolton ahad ni.Pastinya Arsenal 3-0 Bolton.
Salam Arsenal

Sunday, January 10, 2010

Arsenal 2-2 Everton

Result yang agak mengecewakan saya.Nasib baik jugak lah seri,terima kasih pada rosicky yang berjaya meledakkan gol penyamaan pada minit terakhir.Mungkin faktor cuaca sejuk mengganggu sedikit sebanyak prestasi mereka.Sekarang kedudukan masih di tempat ketiga di bawah chealsea dan man u.Sepatutnya arsenal patut menang untuk menjarakkan mata dengan man u sebab man u pun seri.So,kita tunggu next match ok.

Salam arsenal

Wednesday, January 6, 2010

Match Arsenal vs Bolton ditunda

Disebabkan cuaca terlalu sejuk yang melanda london ketika ini, perlawanan ini terpaksa ditunda pada tarikh yang saya pun tak pasti.Ramai juga yang marah bila game ini ditunda,tapi kita kena faham mesti ada sebab ditundakan mungkin faktor kecergasan pemain atau keselamatan pemain.So,kita sabar dan tunggu je lah.Huhu.




Emirates Stadium


Berdasarkan apa yang saya baca dan dengar dan lihat, wenger akan melanjutkan lagi kontrak Gallas.Bagus!!Memandangkan gallas ialah pertahanan yang paling hebat dalam barisan arsenal (dalam game pes 2010 lah) , bak kata orang nogori,berito ni memang sodap didongar..Huahaha

Tuesday, January 5, 2010

Ulasan perlawanan Arsenal vs Bolton

Peminat2 arsenal sekalian,malam ini kita bakal menyaksikan pertembungan antara arsenal dan bolton.Sekali lagi, skuad wenger bakal beraksi tanpa bintang muda kita cesc fabregas(hamsring) begitu juga dengan alex song(piala africa).Walau bagaimanapun,kita masih boleh mengharapkan sentuhan pemain muda iaitu aaron ramsey yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.Kita juga masih ada eduardo,arshavin dan diaby begitu juga dengan samir nasri dimana bahagian serangan arsenal masih tajam.Dan saya harap lah arsene wenger akan menurunkan barisan terkuat pada aksi menentang bolton malam ini kerana kemenangan pada malam ini penting untuk arsenal memintas man u di tempat kedua liga.Benteng pertahanan arsenal diketuai Gallas dan vermaleen (tengah)serta sagna (kanan) dan mungkin traore di bahagian kiri.Bahagian tengah saya tak pasti sebab ramai sangat midfield berbakat.Hehe.

Aaron Ramsey

Berita terbaru yang saya dengar melalui radio ketika menumpang kereta kawan saya pagi tadi,wenger telah membuat bidaan sekitar 9juta pound bagi mendapatkan penyerang sensasi west ham carlton cole bagi mengisi kekosongan van persie.Berita ini sangat menggembirakan penyokong2 arsenal kerana jentera serangan kita akan bertambah kuat.Hahaha..Harap2 dapat score 10 gol setiap perlawanan.Banyak sangat kot.5 gol pun ok jugak kot.


Carlton Cole

Dan yang terakhir ramalan keputusan pada malam ini antara arsenal vs west ham.Memandangkan anak2 buah wenger semakin bersemangat nak memintas man u,saya berpendapat arsenal bakal menang pada game malam ini dengan kemenangan 4-0(arshavin,eduardo,nasri,diaby).Nanti saya akan update result malam ini dan kalau sempat saya akan postkan video sekali.Sekian sahaja.

Salam arsenal.

Musim Perpindahan Januari

Seperti yang anda sedia maklum,kita telah kehilangan khidmat penyerang prolifik berkaki kidal siapa lagi kalau bukan bro robin van persie selama 5 bulan(sampai habis musim la nampaknya).Saya amat berharap arsene wenger dapat mencari penyerang baru bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan van persie.Wenger pernah cakap nak beli bellamy,tapi saya rasa eden dzeko lah calon yang paling sesuai(tinggi pulak tu)Betul tak.Belilah dzeko!!please..


Dan semestinya chealsea dan man city akan sentiasa sibuk di musim perpindahan ni nanti.Arsenal tak perlu banyak sangat pemain baru sebab pemain muda kita banyak yang berbakat besar. Aaron ramsey adalah contoh yang terbaik ketika ni.

Salam arsenal

Tahun 2010 kebangkitan Arsenal




Tahun 2010 menyaksikan arsenal bermula dengan sangat baik setelah berjaya membelasah west ham united 2-1 pada pusingan ketiga FA cup.Hahah!

Begitu juga dengan kedudukan arsenal dalam carta liga perdana inggeris di mana the gunners berada di tempat ketiga dengan kelebihan satu perlawanan dalam tangan.Jika menang pada perlawanan ke 20 nanti, manchester united akan di tolak ke bawah dan arsenal dengan sempoi nya akan berada di tangga kedua.Huhu!

Di blog ini juga,saya akan cuba meng update kan keputusan perlawanan dan juga video2 highlight untuk anda download bagi mereka2 yang tak dapat saksikan perlawanan tersebut.

Salam arsenal