Showing posts with label Carling cup. Show all posts
Showing posts with label Carling cup. Show all posts
Wednesday, January 26, 2011
Gol cantik dari BENDTNER vs Ipswich
Final Carling Cup : Arsenal vs Birmingham at Wembley
Tuesday, January 25, 2011
Carling Cup : Arsenal 3-0 Ipswich
Arsenal berjaya mara ke final bagi memburu trofi pertama musim ni. Gol2 dijaringkan oleh Bendtner, Koscielny dan Fabregas.
Wenger menurunkan :
Szczesny
Sagna-djourou-koscielny-clichy
Wilshere-denilson-fabregas
Sunday, October 31, 2010
Carling Cup Quarter-Final Draw
Undian Suku akhir menyaksikan Arsenal menanti kunjungan Wigan di Emirates. Satu undian yg bagus dan lebih berpihak kepada the gunners. So,dengan kelebihan bermain kat home,aku harap sangat Arsenal dapat melangkah ke separuh akhir.
Undian lain menyaksikan :
Birmingham vs Aston Villa
West Ham vs Manchester United
Ipswich vs West Brom
Thursday, October 28, 2010
Newcastle 0-4 Arsenal
Arsenal melengkapkan minggu gemilang dengan 1 lagi kemenangan bergaya 4-0 ke atas Newcastle.Setelah shaktar donetsk dibantai 5-1, man city ditibai 3-0, kali ni the magpies pulak menerima nasib yg sama.
Barisan yg diturunkan:
Szczesny
Eboue-Koscielny(C)-Djourou-Gibbs
Denilson-Eastmond-Rosicky
Walcott-Bendtber-Vela
Fabregas,Arshavin,Sagna,Jet,Fabianski,Lansbury di bangku simpanan.
Di awl separuh masa pertama banyak peluang disia siakan,namun bendtner memecahkan kebuntuan gol pada penghujung 1st half dengan tandukan deras ke arah keeper untuk own goal.Dan gol2 seterusnya dijaringkan oleh Walcot-Bendtner-Walcott lagi.Memang 2 orang ni tengah gila gol lepas pulih dari kecederaan masing2.
Tuesday, October 26, 2010
Before match : Newcastle vs Arsenal
Carling Cup match kali ni, Wenger akan merehatkan beberapa pemain utama bagi memberi peluang kepada pemain2 muda yg lain menunjukkan bakat masing2. Team yg disenaraikan adalah seimbang, kemungkinan :
Szczesny
Eboue-Koscielny-Djorou-Gibbs
Rosicky-Denilson-Lansbury
Walcott-Bendtner-JayEmmanuelThomas
Koscielny sudahpun pulih dan akan terus bermain manakala Wilshere masih di banned 3 match. Di bahagian tengah, ada Rosicky dan Denilson yg boleh dianggap senior.Begitu juga Walcott dan Bendtner di bhgn serangan. Jay bakal diberi peluang beraksi 90minit penuh tetapi bergantung juga pada corak permainan yg bakal dia tunjukkan.
JET memiliki penyudah yg baik
Rosicky akan mengemudi jentera tengah Arsenal
Musim ni, Wenger kelihatan serius walaupun untuk Carling cup bagi menamatkan kemarau trofi 5 tahun Arsenal.
Game start awal pagi khamis sekitar 2.45 pagi waktu Malaysia dan Arsenal bertandang ke St James' Park, Newcastle.Harap arsenal menang untuk melangkah ke peringkat suku akhir.
Tuesday, September 21, 2010
After Match : Tottenham 1-4 Arsenal
16' Henry lansbury
49' Robie keane
92' Samir nasri (pen)
96' Samir nasri (pen)
105' Arshavin
Arsenal melakukan 8 pertukaran bagi memberi peluang kepada pemain2 muda menunjukkan bakat. Gol pertama daripada Lansbury berjaya memberi tekanan kepada penyokong2 tottenham di white hart lane.Lansbury pantas menyepak masuk hantaran rendah dari Wilshere. Namun kemasukan robie keane pada babak kedua ternyata berbaloi apabila beliau berjaya menyamakan kedudukan bagi mengheret permainan ke masa tambahan walaupun keane berada pada kedudukan offside. Fabianski patut boleh tepis bola tu sebab sepakan keane agak lemah. Wenger yang didenda akibat sikapnya yang agak emosi ketika gol sunderland pada minit2 akhir perlawanan terpaksa duduk di bahagian bangku penonton melihat aksi anak didik dia. Pat rice menggantikan tugas beliau sementara. Dan aksi pada masa tambahan telah memberi 2 penalti kepada arsenal dan nasri berjaya menyudahkan kedua dua penalti walaupun fan2 tottenham cuba menakut nakutkan nasri.Haha,xleh blah. Penalti pertama disebabkan nasri dijatuhkan dalam kotak penalti setelah hantaran berbahaya arshavin mencuakkan defend tottenham. Penalti kedua pula, chamakh pula yang jatuh akibat ditarik. Puncanya, hasil hantaran arshavin jugak. Gol ke-4 arsenal daripada rembatan kencang kaki kiri Arshavin ke penjuru gol lawan.Koscielny,Wilshere,Lansbury,Nasri,Arshavin main baik.Tahniah arsenal.
Samir Nasri meraikan jaringannya
Before Match : Tottenham VS Arsenal
Carling cup pusingan ke-3 menemukan dua jiran iaitu tottenham sbgai tuan rumah menanti kunjungan arsenal. Arsenal dijangka akan menurunkan barisan pemain simpanan bagi memberi rehat kepada pemain utama disamping dapat mengelakkan risiko kecederaan. Untuk awal musim ni saja, arsenal dah pun kehilangan RVP,Walcott, dan yang terbaru Fabregas. Ini sangat2 mengganggu prestasi pasukan. Carling cup ni diharapkan arsenal dapat mengalahkan tottenham bagi menaikkan semula semangat fan2 arsenal yang sedikit kecewa ketika seri dengan sunderland tempoh hari. Game malam ni pukul 2.30 pagi waktu malaysia dan harap2 aku dapat tengok game yang menarik malam ni.
Wilshere harapan malam ni
Untuk makluman, fabianski mungkin akan bermain malam ni.so, harap dia x buat aksi bodoh lagi. Arsenal 2-1 tottenham.
Sunday, February 28, 2010
Man Utd 2-1 Aston Villa
Man Utd juara carling cup setelah menewaskan villa 2-1 di wembley.Gol Utd daripada owen dan rooney.
Subscribe to:
Posts (Atom)






















