Thursday, September 30, 2010

Before Match : Chelsea VS Arsenal

Ok, ahad ni 3 oct arsenal akan bertandang ke stamford bridge bagi merasai cabaran terbesar untuk musim ni menghadapi chelsea. Berita kurang enaknye, peluang Fabregas untuk diturunkan pada malam ahad tersebut adalah 50-50. Agak susah untuk arsenal menang tanpa fabregas lebih2 lagi, defend chelsea sume mantap2. 

Masih berharap fabregas akan 100% fit

Untuk game besar macam ni, arsenal dilihat akan bermain tanpa kelibat van persie,walcott,cesc,vermaelen. Memang teruk. Berdasarkan pertembungan arsenal-chelsea yang lepas2,aku nak highlightkan beberapa perkara penting untuk pemain2 arsenal dan wenger lakukan bagi memenangi perlawanan.

First sekali, Drogba mesti dikawal rapi dan ketat2 punye sebab dia ni kalau lawan arsenal, memang banyak betul gol. Free kick drogba, fabianski/almunia kene bersedia. Kalau xgol pun, paling cikai pun gegar tiang. Next, ashley cole. Defend kiri chelsea ni merangkap ex arsenal, mesti dibendung pergerakan dia. Dia ni akan slalu naik atas belah kiri membantu serangan dan selalu assist untuk gol2 chelsea vs arsenal.So, bacary sagna ditugaskan untuk mengawal cole dengan baik sekali ok. Anelka pulak, penyudah sangat mantap. Just jangan bagi dia shoot je walaupun dari jarak jauh. Setelah sume2 ni berjaya dikawal, arsenal xkan bolos.

Drogba: Pernah meminati arsenal di awal karier

Ok,sekarang macam mana arsenal nak jaringkan gol. Untuk lawan chelsea, arsenal xboleh main macam biasa2. Midfield2 arsenal perlu creative menghantar tru ball bagi mengelirukan defend2 chelsea. Lagi 1, banyak kan counter attack, kalau boleh, suruh arshavin yang counter attack sebab defend chelsea lari xkencang sangat pun sebab banyak dah tua.Hahah. Banyakkan cross ke kotak penalti chelsea bagi memberi peluang kepada chamakh menanduk. cross yang aku maksudkan bukan macam cross yg sagna dan clichy selalu buat tu,tapi cross yang laju2. Contoh, macam antonio valencia( mu utd) punya crossing dan ashley cole(chelsea). Cross laju ni amat susah untuk defend buat clearance kadang2 boleh own goal. So,take note ye arsenal.Kalau lah player2 arsenal ni faham bahasa melayu dan member2 aku. Memang aku suruh bace blog aku ni.hahah.

 Aku teramat suka cross dia ni

Chamakh perlu buktikan ketajamannya berdepan chelsea

OK lah,penat dah menaip.Aku masih harapkan keajaiban berlaku. Chelsea 1-2 Arsenal.

Tuesday, September 28, 2010

Partizan 1-3 Arsenal

Arshavin and Wilshere
Arsenal menang 3-1 ke atas Partizan pada aksi kumpulan champion league. Fabianski menjadi keeper arsenal untuk game awal pagi tadi. Aksi fabianski memang mantap dan aku harap ia dapat dikekalkan. Arsenal memperoleh gol awal menerusi Arshavin yang merembat kencang bola dari tengah kotak penalti. Gol penyamaan partizan melalui sepakan penalti setelah bola terkena tangan defender arsenal. Seterusnya, chamakh dijatuhkan dalam kotak penalti dan arshavin gagal menyempurnakannya. Satu fakta menarik mengenai chamakh ialah, beliau selalu dapat penalti kick.Hebat!! Setelah kecewa dengan penalti yang tepat ke arah keeper,arsenal menggandakan asakan.Hasilnya, cross Rosicky dari sebelah kanan berjaya ditanduk oleh chamakh untuk gol kedua arsenal. Sebastian squillaci menyumbat gol pertama beliau bersama arsenal apabila berjaya menanduk bola daripadad sepakan sudut samir nasri.Perlawanan yang bagus.Untuk super sunday ni menentang chelsea,arsenal perlu memastikan fabregas main bagi memantapkan lagi midfield.

Tuesday, September 21, 2010

After Match : Tottenham 1-4 Arsenal

16' Henry lansbury
49' Robie keane
92' Samir nasri (pen)
96' Samir nasri (pen)
105' Arshavin

Arsenal melakukan 8 pertukaran bagi memberi peluang kepada pemain2 muda menunjukkan bakat. Gol pertama daripada Lansbury berjaya memberi tekanan kepada penyokong2 tottenham di white hart lane.Lansbury pantas menyepak masuk hantaran rendah dari Wilshere. Namun kemasukan robie keane pada babak kedua ternyata berbaloi apabila beliau berjaya menyamakan kedudukan bagi mengheret permainan ke masa tambahan walaupun keane berada pada kedudukan offside. Fabianski patut boleh tepis bola tu sebab sepakan keane agak lemah. Wenger yang didenda akibat sikapnya yang agak emosi ketika gol sunderland pada minit2 akhir perlawanan terpaksa duduk di bahagian bangku penonton melihat aksi anak didik dia. Pat rice menggantikan tugas beliau sementara. Dan aksi pada masa tambahan telah memberi 2 penalti kepada arsenal dan nasri berjaya menyudahkan kedua dua penalti walaupun fan2 tottenham cuba menakut nakutkan nasri.Haha,xleh blah. Penalti pertama disebabkan nasri dijatuhkan dalam kotak penalti setelah hantaran berbahaya arshavin mencuakkan defend tottenham. Penalti kedua pula, chamakh pula yang jatuh akibat ditarik. Puncanya, hasil hantaran arshavin jugak. Gol ke-4 arsenal daripada rembatan kencang kaki kiri Arshavin ke penjuru gol lawan.Koscielny,Wilshere,Lansbury,Nasri,Arshavin main baik.Tahniah arsenal.

Samir Nasri meraikan jaringannya

Before Match : Tottenham VS Arsenal

Carling cup pusingan ke-3 menemukan dua jiran iaitu tottenham sbgai tuan rumah menanti kunjungan arsenal. Arsenal dijangka akan menurunkan barisan pemain simpanan bagi memberi rehat kepada pemain utama disamping dapat mengelakkan risiko kecederaan. Untuk awal musim ni saja, arsenal dah pun kehilangan RVP,Walcott, dan yang terbaru Fabregas. Ini sangat2 mengganggu prestasi pasukan. Carling cup ni diharapkan arsenal dapat mengalahkan tottenham bagi menaikkan semula semangat fan2 arsenal yang sedikit kecewa ketika seri dengan sunderland tempoh hari.  Game malam ni pukul 2.30 pagi waktu malaysia dan harap2 aku dapat tengok game yang menarik malam ni.

Wilshere harapan malam ni

Untuk makluman, fabianski mungkin akan bermain malam ni.so, harap dia x buat aksi bodoh lagi. Arsenal 2-1 tottenham.

Saturday, September 18, 2010

After Match : Sunderland 1-1 Arsenal

Arsenal main macam siot je tadi. Agak tertekan aku tengok. Lepas fabregas kuar pada minit ke 25, Arsenal dah xtentu arah main. Gol pertama arsenal dijaringkan secara x sengaja pada minit ke 13 apabila pertahanan sunderland cuba membuat clearance tetapi berjaya diblok oleh fabregas dan bola terus menuju ke gol sunderland. Gol yg agak melucukan tapi fabregas mengalami kecederaan hamstring dan terpaksa digantikan oleh Rosicky. Ya, Thomas Rosicky, pemain yg sepak penalti melayang. Sunderland betul2 mengawal permainan di tempat mereka sehinggakan arsenal tidak dapat membuat banyak peluang ke arah pintu gol mereka. Peluang terbaik arsenal untuk menambah jaringan hadir pada minit ke 74 apabila nasri dijatuhkan dalam kotak penalti. Namun, harapkan Rosicky, Rosicky makan padi. Penalti beliau melilau mencari muka penonton yang x bersalah. Aku agak terkesima time tu. Song pulak awal2 dah kene 2 yellow card dan kene buang pada minit ke 55. Dan paling aku geram, serangan terakhir sunderland kira2 minit ke 94, berjaya menghasilkan gol penyamaan melalui rembatan Darrent Bent. Wenger kelihatan amat bengang sekali. Aku yang xde share dalam saham Arsenal pun, merasakan hati aku macam retak menanti masa untuk berkecai. Memang sunderland berhak seri dan ni antara persembahan terburuk arsenal. Sekian saja..Good morning!! walaupun it is not a good morning 4 me.

Rosicky perlu berlatih sepakan penalti

Friday, September 17, 2010

Before match : Sunderland VS Arsenal

Arsenal akan berkunjung ke Stadium of Light bagi meneruskan misi meraih 3 mata penuh menentang Sunderland. Walaupun tanpa beberapa pemain utama yang mengalami kecederaan seperti Walcott,RVP,Vermaelen dan Diaby, Arsenal masih mampu menang setelah berjaya membelasah braga 6-0. Key player pada malam ni, dah tentu terletak pada bahu fabregas. Player yang akan main malam ni :

Almunia
Sagna-Koscielny-Squillaci-Gibbs
Song
Rosicky-Fabregas-Wilshere-Arshavin
Chamakh

Vermaelen masih cedera

Diharapkan Arsenal akan menang dan memberi persembahan yang menarik. Game malam ni pukul 12.30 pagi. Salam syawal. Selamat hari raye.

Thursday, September 16, 2010

Arsenal 6-0 Braga

Arsenal memulakan kempen liga juara2 dengan membelasah braga dengan 6 gol. Persembahan cesc fabregas pada game tersebut sangat2 memukau dan beliau berjaya menjaringkan 2 gol. Untuk game sabtu ni menentang Sunderland, aku harap Arsenal akan terus mengekalkan momentum kemenangan bagi menekan kedudukan chelsea di persada liga. 

Cesc berada pada kelas tersendiri

Perlawanan lain menyaksikan Chelsea 4-1 zilina, Real madrid 2-0 Ajax, AC Milan 2-0 Auxerre

Tuesday, September 7, 2010

Van persie diketepikan sehingga Oktober

Ini berita yang agak mengejutkan fan2 arsenal. RVP dijangka pulih pada pertengahan oktober dan diketepikan selama 6 minggu!! Dia ni selalu sangat cedera. Kadang2 menyampah jugak asyik xboleh main. Kalau ada striker macam Drogba confirm best giler.Hahah. Dengan Bendtner masih injured lagi, Chamakh je yang tinggal sebagai striker Arsenal. Xpun arshavin yang jadi striker.

 Kecederaan lebih teruk dari jangkaan awal

Tetapi arsenal menerima berita baik apabila samir nasri telah sembuh dengan cepat dan dijangka akan turun berlatih x lame lagi. Harap2 nasri dapat main untuk game minggu ni.


Saya dipaksa untuk kekal- Fabregas

Akan join Barcelona 1 hari nanti

Berita kali ni agak kurang enak dibaca kerana fabregas mengaku bahawa dia dipaksa oleh arsenal untuk terus kekal di emirates walaupun barca pernah membuat tawaran sebanyak 40juta terhadap dia.Barcelona yakin bahawa mereka akan berjaya mendapatkan kapten arsenal ni pada musim panas depan.Tapi aku menjangkakan harga fabregas paling kurang pun 60juta pound!! 
Sekian untuk harini.selamat meneruskan ibadah puasa.

Thursday, September 2, 2010

Barisan 25 pemain Arsenal untuk musim 2010/2011

Mengikut peraturan baru EPL musim ni, setiap pasukan perlu menyenaraikan 25 orang pemain sahaja untuk mengharungi perlawanan musim ni. 3 orang pemain yang baru dibawa masuk iaitu chamakh,koscielny dan squillaci turut disenaraikan. Tiada apa yang mengejutkan kerana Fabregas,Arshavin dan RVP turut tersenarai.
 Chamakh antara yang tersenarai

Arsenal memiliki kelebihan kerana Wenger boleh menggunakan khidmat pemain bawah 21 tahun tanpa perlu menyenaraikannya dalam list 25 pemain.Ini termasuklah Walcott dan Wilshere.

Arsenal squad: Manuel Almunia, Andrey Arshavin, Nicklas Bendtner, Marouane Chamakh, Gael Clichy, Pereka Neves Denilson, Vassiriki Abou Diaby, Johan Danon Djourou-Gbadjere, Emmanuel Eboue, Lukasz Fabianski, Cesc Fabregas, Laurent Koscielny, Vito Mannone, Samir Nasri, Tomas Rosicky, Bacary Sagna, Bilong Song Dimitri Alexandre, Robin Van Persie, Thomas Vermaelen, Sebastien Squillaci.