Tuesday, September 28, 2010

Partizan 1-3 Arsenal

Arshavin and Wilshere
Arsenal menang 3-1 ke atas Partizan pada aksi kumpulan champion league. Fabianski menjadi keeper arsenal untuk game awal pagi tadi. Aksi fabianski memang mantap dan aku harap ia dapat dikekalkan. Arsenal memperoleh gol awal menerusi Arshavin yang merembat kencang bola dari tengah kotak penalti. Gol penyamaan partizan melalui sepakan penalti setelah bola terkena tangan defender arsenal. Seterusnya, chamakh dijatuhkan dalam kotak penalti dan arshavin gagal menyempurnakannya. Satu fakta menarik mengenai chamakh ialah, beliau selalu dapat penalti kick.Hebat!! Setelah kecewa dengan penalti yang tepat ke arah keeper,arsenal menggandakan asakan.Hasilnya, cross Rosicky dari sebelah kanan berjaya ditanduk oleh chamakh untuk gol kedua arsenal. Sebastian squillaci menyumbat gol pertama beliau bersama arsenal apabila berjaya menanduk bola daripadad sepakan sudut samir nasri.Perlawanan yang bagus.Untuk super sunday ni menentang chelsea,arsenal perlu memastikan fabregas main bagi memantapkan lagi midfield.

No comments:

Post a Comment