Saturday, October 16, 2010

Arsenal 2-1 Birmingham City

Perlawanan ke 800 buat Arsene Wenger bersama arsenal berjaya diraikan apabila Arsenal berjaya melakar kemenangan 2-1 ke atas lawan.
Barisan arsenal untuk game tadi:

Fabianski
Eboue-Squillaci-Djourou-Clichy
Song-Diaby-Wilshere
Nasri-Chamakh-Arshavin

Perlawanan ni agak bosan sebenarnya. Pada awal permainan gol tandukan Squillaci tidak diterima pengadil kerana offsaid.Kecewa btl.Birmingham pula berjaya mendahului hasil tandukan pemain tinggi,Zigic yang berjaya melepasi Fabianski.Namun,Chamakh bijak mencari penalti dan Samir Nasri berjaya merembat penalti dengan kencang sekali ke sebelah kanan goalkeeper.Kedudukan terikat seri 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.
Second half,arsenal bermula dengan garang apabila berjaya menguasai permainan hasil permainan kemas dari budak kecik arsenal,Wilshere.Hasilnya chamakh berjaya mencari ruang untuk menyudahkan hantaran wilshere terus ke gawang gol.Arsenal 2-1 birminghan city.
 
Hitam dan putih dalam Arsenal
Antara insiden yg menarik:

1. Eboue yg cuak giler lepas terjah pemain birmingham.Ref nk bg kad kuning je kot.Sumpah lawak.
2.Wilshere yg kena tibai ngan Zigic si giant sampai berdarah mulut.
3. dan yg terakhir,wilshere membuat terjahan keras keatas zigic.nampak mcm cedera serius.hasilnye,sekeping kad merah dari ref bertulis, HEY U!! PLZ LEAVE.

Ape2 pun, 3mata tetap tercapai dan tahniah untuk arsenal kerana berada di kedudukan ke-2.Lega jugak hati aku.Kalau seri tadi,malas aku nak update blog ni..Hahaaa.

No comments:

Post a Comment