Sunday, October 31, 2010

Carling Cup Quarter-Final Draw


Undian Suku akhir menyaksikan Arsenal menanti kunjungan Wigan di Emirates. Satu undian yg bagus dan lebih berpihak kepada the gunners. So,dengan kelebihan bermain kat home,aku harap sangat Arsenal dapat melangkah ke separuh akhir.

Undian lain menyaksikan :

Birmingham vs Aston Villa
West Ham vs Manchester United
Ipswich vs West Brom


Saturday, October 30, 2010

Arsenal 1-0 West ham


Arsenal-west ham

Perlawanan yg dijangka mudah adalah amat sukar sebenarnya. Kehebatan robert green menahan setiap asakan arsenal memang superb. Barisan arsenal game ni ialah:

Fabianski
Sagna-Squillaci-Koscielny-CLICHY
SONG-Denilson-Fabregas
Nasri-Chamakh-Arshavin

Kenapa aku tulis name clichy ngan song huruf besar??
Mereka ni lah yg membuat gol pada penghujung perlawanan minit ke88. Perlawanan sungguh mendebarkan kerana setiap asakan dan cubaan Arsenal berjaya diselamatkan oleh robert green.Memang mantap la mamat ni.



 Penyelamat Arsenal

Antara cubaan berbahaya Arsenal ialah :
1) Rembatan Fabregas dari dalam kotak penalti setelah menerima hantaran rendah sagna
2) Free kick kencang dari nasri terkena palang
3) Sepakan walcott ke penjuru gol terkena tiang
4) Rembatan kaki kiri walcott berjaya ditepis

Akhirnye,minit ke 88,clichy berjaya memperdayakan behrami dan berjaya menyeludup masuk ke dalam kotak penalti. Clichy melakukan chip menarik untuk alex song menanduk gol tunggal arsenal dan 3 mata penuh untuk arsenal..Huhhu

Before match : Arsenal VS West ham united

Arsenal dijangka akan meneruskan momentum kemenangan apabila menerima kunjungan west ham di Emirates. Barisan kemungkinan Arsenal :
Fabianski
Sagna-Squillaci-Koscielny-Clichy
Song-Fabregas-Arshavin
Walcott-Chamakh-Nasri
Xde apa aku nk ckap, cuma harap game malam ni menarik dan Arsenal makan besar malam ni.4-0 cukup x??

Thursday, October 28, 2010

Newcastle 0-4 Arsenal



Arsenal melengkapkan minggu gemilang dengan 1 lagi kemenangan bergaya 4-0 ke atas Newcastle.Setelah shaktar donetsk dibantai 5-1, man city ditibai 3-0, kali ni the magpies pulak menerima nasib yg sama.

Barisan yg diturunkan:

Szczesny
Eboue-Koscielny(C)-Djourou-Gibbs
Denilson-Eastmond-Rosicky
Walcott-Bendtber-Vela

Fabregas,Arshavin,Sagna,Jet,Fabianski,Lansbury di bangku simpanan.

Di awl separuh masa pertama banyak peluang disia siakan,namun bendtner memecahkan kebuntuan gol pada penghujung 1st half dengan tandukan deras ke arah keeper untuk own goal.Dan gol2 seterusnya dijaringkan oleh Walcot-Bendtner-Walcott lagi.Memang 2 orang ni tengah gila gol lepas pulih dari kecederaan masing2.


Koscielny : Kapten pada game pagi tadi

Premier league minggu ni, arsenal menanti mangsa seterusnya di Emirates iaitu west hamBURGER...Ada sape2 nak jadi John Dykes untuk Arsenal forecast?Hahaha.Nantikan ulasan before match untuk game vs west ham. Salam.

Tuesday, October 26, 2010

Before match : Newcastle vs Arsenal

Carling Cup match kali ni, Wenger akan merehatkan beberapa pemain utama bagi memberi peluang kepada pemain2 muda yg lain menunjukkan bakat masing2. Team yg disenaraikan adalah seimbang, kemungkinan :

Szczesny
Eboue-Koscielny-Djorou-Gibbs
Rosicky-Denilson-Lansbury
Walcott-Bendtner-JayEmmanuelThomas

Koscielny sudahpun pulih dan akan terus bermain manakala Wilshere masih di banned 3 match. Di bahagian tengah, ada Rosicky dan Denilson yg boleh dianggap senior.Begitu juga Walcott dan Bendtner di bhgn serangan. Jay bakal diberi peluang beraksi 90minit penuh tetapi bergantung juga pada corak permainan yg bakal dia tunjukkan.

JET memiliki penyudah yg baik
Rosicky akan mengemudi jentera tengah Arsenal

Musim ni, Wenger kelihatan serius walaupun untuk Carling cup bagi menamatkan kemarau trofi 5 tahun Arsenal.

Game start awal pagi khamis sekitar 2.45 pagi waktu Malaysia dan Arsenal bertandang ke St James' Park, Newcastle.Harap arsenal menang untuk melangkah ke peringkat suku akhir.

FIFA Ballon d'Or - Fabregas turut tercalon






Antara yg tercalon :
Xabi Alonso (Spain), Daniel Alves (Brazil), Iker Casillas (Spain), Cristiano Ronaldo (Portugal), Didier Drogba (Ivory Coast), Samuel Eto'o (Cameroon), Cesc Fabregas (Spain), Diego Forlan (Uruguay), Asamoah Gyan (Ghana), Andres Iniesta (Spain), Julio Cesar (Brazil), Miroslav Klose (Germany), Philipp Lahm (Germany), Maicon (Brazil), Lionel Messi (Argentina), Thomas Muller (Germany), Mesut Ozil (Germany), Carles Puyol (Spain), Arjen Robben (Holland), Bastian Schweinsteiger (Germany), Wesley Sneijder (Holland), David Villa (Spain) and Xavi (Spain). 

 Messi pemenang tahun lepas

Dan bagi kategori coach terbaek,antaranya :
Carlo Ancelotti (Chelsea), Vicente del Bosque (Spain), Sir Alex Ferguson (Manchester United), Pep Guardiola, Joachim Low (Germany), Jose Mourinho (Inter Milan/Real Madrid), Oscar Tabarez (Uruguay), Louis Van Gaal (Bayern Munich), Bert van Marwijk (Holland) and Arsene Wenger (Arsenal). 

Wenger turut tercalon. Mantap..

Sunday, October 24, 2010

Arsenal 3-0 Man City


Highlight MOTD -  http://www.mediafire.com/?p678hg7b2ir1s4k
-Ehsan dari amriazmi-

Memang match yang penuh debaran. 1 kad merah,6 kad kuning dan 1 penalti terlepas.Hahaha.

Barisan arsenal seperti yang aku jangkakan pada before match punye post tapi diaby xmaen dan denilson diturunkan.Pada awal permainan city dilihat lebih berbahaya apabila tevez berjaya melepasi pertahanan kiri arsenal dan melakukan hantaran kepada silva. Namun kuisan silva agak lemah dan berjaya ditangkap kemas oleh fabianski. Aku agak bersemangat nak menaip.Menang punye pasal lebih2 lagi 3 gol.


Ok,sambung balik. Minit ke 5,fabregas berjaya mengesan kebocoran pertahanan city dan beliau berjaya menghantar bola  kepada chamakh dengan lorongan yg cantik. Pertahanan muda city,boyata(aku pn xkenal) telah menghalang pergerakan chamakh dan hasilnya dia menerima kad merah seawal minit ke-5 permainan.Dengan 10 pemain city,corak permainan terus berubah dan Arsenal dilihat lebih mudah mengatur serangan demi serangan.Permainan dilihat begitu kasar sekali apabila fabregas sering diterjah oleh pihak lawan.Namun tiada kecederaan serius berlaku.

Minit ke 20, nasri dan arshavin menunjukkan permainan cantik apabila bermain one touch dlm kotak penalti city dan hasilnya, gol pertama arsenal tercipta dengan rembatan kemas nasri.Permainan semakin keras apabila semakin banyak kad kuning dilayangkan dengan 4 dari 6 kad kpd pemain arsenal.

 Gol pertama


Minit ke 41,fabregas dijatuhkan di sudut kotak penalti oleh kompany dan penalti diberikan. Namun, hart berjaya menghalang sepakan penalti fabregas.


Separuh masa kedua, city cuba memperkemaskan corak permainan. Namun gol daripada Song pada minit ke 65 meranapkan semangat city.City memasukkan Adebayor menggantikan Tevez yg dilihat hilang punca dan masih tiada hasil. Wenger pula, menukarkan Arshavin yg kelihatan pancet dengan Rosicky, Fabregas-Walcott dan Chamakh-Bendtner.

 Song penjaring gol ke 2


Percaturan wenger membuahkan hasil apabila Bendtner menyumbat gol ke3 arsenal setelah menerima hantaran cantik dari nasri pada 3 minit sebelum tamat masa permainan.Fabianski dilihat semakin bagus dan kurang kesalahan.Nasri,Fabregas,song mmg mantap.

 Penyudah cantik dari Bendtner


 match malam ni mmg best dan Arsenal naik ke tangga kedua liga berkongsi 17mata dgn city dan MU, 5 mata dibelakang chelsea.Tahniah dan teruskan rentak kemenangan
.aRsENAL bEsT!!!!

Friday, October 22, 2010

Before match : Man City vs Arsenal

Setelah berita rooney nak tinggalkan MU terjawab, kita fokus balik match super sunday minggu ni iaitu man city vs arsenal. 
Untuk pertemuan menarik ni, arsenal dijangka menurunkan :

Fabianski
Sagna-Squillaci-Djorou-Clichy
Song-Fabregas-Diaby
Nasri-Chamakh-Arshavin

Wilshere dikenakan ban 3 perlawanan manakala Sagna telah pun pulih sepenuhnya dan wenger akan terus menggunakan khidmat beliau. City pula dilihat lebih mengancam lebih2 lagi striker yg tgh hot sekarang,Tevez.Pergerakan tevez perlu dikawal rapi lebih2 lagi kepantasan dye berlari mesti disekat. Pengkhianat the gunners,adebayor juga dijangka akan diturunkan dlm 11 utama city setelah dia meledak hatrik dlm kempen europa. Adebayor ni xde pape pun.Kecek bola xpandai,cuma jangan bagi dye space je.Defend yg kuat perlu jaga striker Togo ni.Kalau silva main,agak bahaya bagi arsenal sebab pemain sepanyol ni memang lincah atas padang.


Diharapkan wenger dpt membuat percaturan terbaik bagi menjinakkan city.
Aku jangka arsenal menang.Sekian saja.

Tuesday, October 19, 2010

Arsenal 5-1 Shaktar

Memang mantap r performance pagi td. 5 gol disumbangkan oleh song,nasri,fabregas,wilshere dan chamakh.gol saguhati dari eduardo pada minit2 terakhir.Banyak cite xbest bai.Tengok sendiri la.Nah








Saturday, October 16, 2010

Arsenal 2-1 Birmingham City

Perlawanan ke 800 buat Arsene Wenger bersama arsenal berjaya diraikan apabila Arsenal berjaya melakar kemenangan 2-1 ke atas lawan.
Barisan arsenal untuk game tadi:

Fabianski
Eboue-Squillaci-Djourou-Clichy
Song-Diaby-Wilshere
Nasri-Chamakh-Arshavin

Perlawanan ni agak bosan sebenarnya. Pada awal permainan gol tandukan Squillaci tidak diterima pengadil kerana offsaid.Kecewa btl.Birmingham pula berjaya mendahului hasil tandukan pemain tinggi,Zigic yang berjaya melepasi Fabianski.Namun,Chamakh bijak mencari penalti dan Samir Nasri berjaya merembat penalti dengan kencang sekali ke sebelah kanan goalkeeper.Kedudukan terikat seri 1-1 sehingga tamat separuh masa pertama.
Second half,arsenal bermula dengan garang apabila berjaya menguasai permainan hasil permainan kemas dari budak kecik arsenal,Wilshere.Hasilnya chamakh berjaya mencari ruang untuk menyudahkan hantaran wilshere terus ke gawang gol.Arsenal 2-1 birminghan city.
 
Hitam dan putih dalam Arsenal
Antara insiden yg menarik:

1. Eboue yg cuak giler lepas terjah pemain birmingham.Ref nk bg kad kuning je kot.Sumpah lawak.
2.Wilshere yg kena tibai ngan Zigic si giant sampai berdarah mulut.
3. dan yg terakhir,wilshere membuat terjahan keras keatas zigic.nampak mcm cedera serius.hasilnye,sekeping kad merah dari ref bertulis, HEY U!! PLZ LEAVE.

Ape2 pun, 3mata tetap tercapai dan tahniah untuk arsenal kerana berada di kedudukan ke-2.Lega jugak hati aku.Kalau seri tadi,malas aku nak update blog ni..Hahaaa.