LONDON - Arsenal kini dilapor bersedia untuk menjadikan penyerang Belanda, Robin van Persie sebagai salah seorang pemain yang menerima gaji tertinggi kelab tersebut selepas kapten, Cecs Fabregas.
Ketika ini van Persie yang telah merekodkan 21 gol dalam saingan musim ini menerima gaji sebanyak £70,000 (kira-kira RM342,000) seminggu dengan kontraknya bersama skuad The Gunners masih berbaki selama dua tahun setengah lagi.
Seandainya ia menjadi kenyataan, van Persie dijangka bakal menerima gaji yang sama seperti Fabregas iaitu £90,000 (RM440,000) seminggu.
Bagaimanapun, ia bergantung kepada perbincangan pihak pengurusan Arsenal dengan van Persie yang dijangka bakal dilakukan sebaik saingan Liga Perdana England musim ini tamat. -Kosmo
No comments:
Post a Comment