Monday, February 8, 2010

Arsenal 0-2 Chelsea

Chelsea melebarkan jurang dengan arsenal kepada 9 mata setelah menewaskan arsenal di stamford bridge semalam.Kemenangan chelsea semalam meletakkan mereka kembali di tangga teratas liga manakala arsenal kekal di tangga ke-3 sambil diekori rapat oleh liverpool.
 
Drogba sangat berbisa ketika berdepan arsenal

2 jaringan daripada drogba pada minit ke 8 dan 23 mengesahkan lagi kehebatan penyerang ivory cost itu ketika berdepan arsenal.Di kem arsenal pula arsene wenger semakin tertekan apabila pendiriannya tidak mahu membeli mana mana penyerang pada transfer window lepas, dilihat sebagai sesuatu yang tidak munasabah.Para peminat semakin hilang kepercayaan terhadap beliau setelah arsenal mengalami 3 kekalahan dan 1 seri pada 4 perlawanan lepas.
 
Wenger melepaskan tekanan dengan bercuti

Perlawanan seterusnya ialah menentang liverpool yang semakin konsisten ketika ini.Pastinya ia bakal memberikan cabaran yang besar buat skuad arsenal minggu ini.

Highlight

No comments:

Post a Comment