Wednesday, February 10, 2010

Arsenal 1-0 Liverpool; Chelsea 1-2 Everton; Manchester united 1-1 Villa

Abou Diaby menjadi wira arsenal pada perlawanan awal pagi tadi apabila berjaya menanduk masuk gol tunggal kemenangan dari jarak dekat hasil cross daripada rosicky.Liverpool hampir berjaya menyamakan kedudukan pada minit-minit terakhir melalui sepakan percuma Gerrard tetapi terkena tangan Fabregas.Namun, penalti tidak diberikan.Hahahaha.Lagipun Cesc kat luar kotak penalti time tu.Chelsea kalah 1-2 kepada everton manakala man u seri 1-1 dengan aston villa.Kemenangan ini bermaksud arsenal kini ketinggalan 6 mata di belakang chelsea.Liverpool kekal di tangga ke-4 liga.
 
Tandukan maut Diaby 

Highlight
Arsenal 1-0 Liverpool

Chelsea pula dikejutkan dengan permainan mantap everton lebih-lebih lagi Saha.Saha menyumbat  2 gol cantik bagi membantu everton menang ke atas chelsea.Gol pertama Everton terhasil melalui tandukan kemas Saha hasil daripada sepakan sudut pemain US,Donovan.Walaupun tidak berjaya menyempurnakan penalti, Saha sekali lagi berjaya menemui jaring melalui rembatan kencang kaki kirinya.Saha berjaya melepasi kawalan Terry apabila dia mendada bola daripada hantaran jauh dengan kemas, dan merembat bola dengan cepat.Gol sulung chelsea dijaringkan oleh pemain perancis,Malouda.
 
Saha sukar dikekang



Manchester United berjaya diikat oleh Villa di Villa Park dengan keputusan 1-1.Gol Villa dijaringkan oleh pemain pertahanan mereka melalui tandukan volley yang cantik melepasi jangkaan Van de sar.Gol penyamaan united hadir apabila rembatan Giggs daripada cross Nani terkena kaki pertahanan Villa dan terus ke dalam gol tuan rumah.Keputusan ini menyaksikan Manchester united hanya dipisahkan dengan 1 mata sahaja di tangga ke 2.
  
Cuellar menanduk masuk gol Villa


No comments:

Post a Comment