Sunday, December 26, 2010

Malaysia 3-0 Indonesia



Satu perlawanan yg cukup menarik ditonton,penuh aksi, padat dengan drama dan kontroversi. Persembahan anak didik K.Rajagopal pada malam semalam memang harus diberikan pujian kerana berjaya mempamerkan aksi mantap dan bertenaga. 

Pemain tengah Malaysia selaku kapten, Safiq rahim berjaya mengawal kawasan tengah dengan baik dan berjaya bermain ala2 Xavi hernandez (puji sket). Pemain sayap malaysia, Kunalan juga berjaya membolosi bahagian tepi indonesia sekali sekala dan berjaya memberikan tekanan kepada pihak lawan.

Serangan demi serangan diatur dan dilancarkan oleh kedua dua pasukan namun Malaysia jelas sekali lebih menguasai bola. Dengan kehadiran puluhan ribu penyokong Malaysia di stadium Bukit jalil, menyemarakkan lagi semangat pemain2 negara.

Namun,kedudukan terikat 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama. Bermulanya masa kedua, rajagopal memasukkan ashaari menggantikan amirulhadi bagi mengisi posisi sayap kiri. Ashaari merupakan penjaring terbanyak liga super 2010 dan kemasukan beliau jelas membuahkan hasil dengan membantu jentera serangan yg diketuai oleh norshahrul dan safee sali.

Pemain bernombor 9, norshahrul idlan talaha yang baru saja berkahwin sehari sebelum perlawanan ni telah memberikan impak besar terhadap kemenangan ni. PADA MINIT KE 60, kebijaksanaan beliau terserlah apabila berjaya mencuri bola yg disangka keluar oleh defend indonesia dan membawanya ke tengah kotak penalti. Namun, beliau bijak apabila melorongkan bola kepada safee sali yg dgn mudahnya menyepak masuk ke gawang gol indonesia.Malaysia 1 didepan.

Norshahrul idlan talaha

Minit ke 68, shahrul sekali lagi mencuri tumpuan apabila mengelecek masuk ke kotal penalti indon dan melepaskan rembatan namun berjaya dihalang defend indon. Tetapi bola muntah tersebut berjaya dirembat kemas oleh Ashaari terus ke penjuru kiri gol indonesia. Satu gol yg cantik.MALAYSIA 2 di depan.

Minit ke 72, defend kiri malaysia, Mahali naik ke atas membantu serangan. Hasil cross beliau dari kiri, berjaya mencari safee sali yg tidak dikawal.Safee berjaya menyudahkan free header kencang untuk gol ketiga MALAYSIA. bAgi aku, ni gol tercantik malam tu.

 Wira2 Malaysia

Dengan kemenangan ni, malaysia berjaya mendapat bekal selesa untuk final ke2 rabu ni.Aku harap malaysia berjaya untuk final ke2 nanti. So, tahniah Malaysia dan tahniah kepada semua pemain malaysia begitu juga para penyokong malaysia. Terima kasih kerana menunjukkan permainan menarik dan aku terhibur.

Jumpa lagi...


No comments:

Post a Comment