Friday, February 11, 2011

Fabregas jadi buruan 3 kelab gergasi

MADRID - Real Madrid kini bersedia untuk membelanjakan £50 juta (RM245 juta) bagi mendapatkan khidmat kapten Arsenal, Cesc Fabregas pada saingan liga musim depan.
Menurut laporan, Fabregas yang sebelum ini dikaitkan akan berhijrah ke Barcelona kini menjadi matlamat utama The Galaticos untuk membawanya masuk ke Santiago Bernabeu.
Sekiranya menjadi kenyataan, Real bakal melepaskan penyerang Perancis, Karim Benzema kepada Arsenal sebagai pertukaran.
Ternyata, nilai tawaran yang akan dibuat Real itu lebih lumayan jika dibandingkan dengan apa yang ditawarkan Barcelona bagi mendapat Fabregas awal saingan musim ini.
Sebelum ini, pengurus Arsenal, Arsene Wenger berjaya memenangi persaingan diantara kelabnya itu dengan Barcelona berhubung isu perpindahan peracang antarabangsa Sepanyol itu ke Nou Camp.
Bagaimanapun, ketika itu, Fabregas ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia mahu meninggalkan The Gunners bagi kembali pangkuan kelab asalnya sewaktu remaja.
"Saya merupakan salah seorang penyokong Barcelona. Saya merupakan salah seorang daripada kelab tersebut sama seperti datuk saya, pak cik saya dan juga sepupu saya. Saya adalah Catalan," jelas Fabregas - AFP

Sumber dari Kosmo.
Barcelona dan Chelsea juga bakal membuat tawaran 50 juta untuk fabregas pada musim panas nanti namun Real madrid memberi tawaran yg lebih bagus dgn menawarkan Benzema. Tetapi Fabregas xkan pergi ke kelab lain selain Barcelona kerana beliau memang nak sangat main untuk Barca. Kita tunggu dan lihat.

No comments:

Post a Comment