RIO DE JANEIRO - Bekas penyerang Brazil, Ronaldo akhirnya mengumumkan persaraan daripada arena bola sepak semalam.
The Originals Ronaldo
Pemenang anugerah pemain terbaik dunia sebanyak tiga kali yang sudah berusia 34 tahun itu masih mempunyai kontrak bersama Corinthians sehingga akhir tahun ini.
Begitupun, Ronaldo memilih untuk bersara awal setelah pasukan itu tersingkir mengejut pada saingan Piala Libertadores selain didesak para penyokong kelab itu.
Menurut Ronaldo, masalah kecederaan berulang menjadi faktor utama dia membuat keputusan itu.
"Saya tidak mampu menahannya lagi. Saya cuba meneruskannya tetapi mendapati saya tidak mampu lagi.
"Saya cuba melakukan gerakan berkesan ketika perlawanan tetapi apa yang mahu saya lakukan tidak dapat dibuat. Jadi masanya sudah tiba," kata Ronaldo.
Sepanjang kariernya, Ronaldo telah menjaringkan lebih 400 gol termasuk rekod 15 gol pada pusingan akhir Piala Dunia.
Ronaldo hanya menjadi pemain simpanan yang tidak digunakan langsung ketika Brazil menjuarai Piala Dunia 1994 tetapi muncul penjaring terbanyak ketika Brazil menjuarai kejohanan itu pada 2002.
Ronaldo dijangka akan kekal di Corinthians dengan peranan baru di bidang pentadbiran kelab itu.
Antara kelab yang pernah diwakili Ronaldo ialah Cruzeiro, PSV Eindhoven, AC Milan, Inter Milan, Barcelona, Real Madrid dan Paulista. - Reuters
Legend terhebat
Sumber dari Kosmo.
No comments:
Post a Comment