Wednesday, January 19, 2011

Leeds 1-3 Arsenal

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk match ni, Wenger menurunkan :

szczesny
sagna-djourou-koscielny-gibbs
denilson-song-nasri
bendtner-chamakh-arshavin

Untuk 1st half, arsenal bermain dgn baik dan banyak mengatur serangan demi serangan. Nasri selaku kapten malam tersebut berjaya menjaringkan gol pertama arsenal pada minit ke 5 seterusnya gol daripada sagna pada minit ke 35. tak lama kemudian, leeds berjaya merapatkan kedudukan apabila johnson berjaya menjaringkan gol kencang dari jarak jauh. Gol yg agak cantik.


Separuh masa ke2, arsenal kelihatan kehilangan rentak mungkin kerana faktor keletihan. Wenger membuat pertukaran pada minit ke 70 memasukkan fabregas (arshavin) dan van persie (chamakh). Kemasukan dua sepersub ni telah mengembalikan rentak serangan arsenal semula. Hasilnya minit ke 76, van persie menanduk masuk gol ketiga arsenal hasil dari bendtner cross.

Keseluruhannya, Nasri main baik dengan skil2 yg bagus sekali. Arshavin nampak lebih rajin sikit pada masa pertama dan nampak keletihan di masa kedua. Denilson nampak bagus kali ni mengawal kawasan tengah arsenal dan djourou pun main baik.

Yeah, ARSENAL menang!!

No comments:

Post a Comment