Uncle Wenger
ARSENE Wenger akhirnya mendedahkan mengapa dia tidak boleh menjadi pengurus Manchester City.
Pengurus Arsenal itu dikaitkan dengan tugas di Eastlands ketika Mark Hughes dipecat 13 bulan lalu, beberapa bulan sebelum perlantikan Roberto Mancini.
Wenger tidak menafikan mendapat tawaran daripada City tetapi enggan menjelaskan isu berkenaan.
Bagaimanapun, dia menjelaskan falsafahnya yang sederhana begitu bertentangan dengan cara pemilik City dari Arab mengendalikan kelab itu.
“Ia bukan sesuatu yang ingin saya perkatakan sehari sebelum perlawanan.
“Saya tidak pernah mendedahkan siapa yang akan mendapatkan saya dan tidak akan memberitahu kepada anda kerana ia tidak menghormati mereka yang mengendalikan kelab ini,” katanya.
Jelas Wenger, ketika dia datang ke England setiap kelab dikendalikan dengan sumber kewangan sendiri. Chelsea dan Manchester City mencetuskan masalah baru dalam bola sepak.
“Saya menguruskan Arsenal seperti yang sepatutnya. Ia masalah yang baru tetapi mereka tidak mencuri wang itu. Mereka memilikinya.
“Anda juga boleh melakukannya mengikut cara Inter atau Manchester City. Mereka membeli pemain terbaik dunia dan ia menjadi. Apa yang saya ingin tunjukkan, pendekatan kami juga menjadi,” katanya.
Wenger sentiasa memastikan kewangan Arsenal tidak akan terjejas, tidak seperti City yang mempunyai pendekatan “wang bukan halangan”.
Pemilik kelab itu yang kaya raya, Sheikh Al Mansour, membelanjakan hampir �1 bilion (RM4.79 bilion) untuk memastikan Blues bangkit sebagai kelab terhebat dunia selepas mengambil alih kelab itu 29 bulan lalu.
Akibat perbelanjaan City yang boros, Mancini selaku pengurus kelab terpaksa mengendalikan skuad yang dipenuhi pemain primadona yang sedia mengecam pengendali mereka bila-bila masa jika direhatkan di bangku simpanan.
Perselisihan pendapat jurulatih kelahiran Itali dengan Carlos Tevez dan Mario Balotelli sudah cukup untuk membuktikan penguasaan beliau dalam bilik persalinan.
Kelmarin, bekas bintang Arsenal, Emmanuel Adebayor dan Kolo Toure yang dijual Wenger 18 bulan lalu dengan bayaran �45 juta (RM215.3 juta) terbabit dalam pergaduhan ketika latihan. Rakan sepasukan terpaksa meleraikan kedua-dua mereka dan ia bukan petanda yang baik menjelang pertemuan kedua-dua kelab itu.
Wenger menegaskan sikap Adebayor tidak menjadi masalah mahupun faktor kewangan yang menjadi punca dia meninggalkan kelab itu tetapi enggan menjelaskan mengapa penyerang Togo itu juga mengambil tindakan sama.
Dia tidak perlu ambil peduli memandangkan gambar pergaduhan Adebayor dengan Toure sudah cukup menceritakan semuanya dan sudah pun membuktikan mengapa Wenger memutuskan untuk menyingkirkan kedua-duanya.
Dipetik dari www.hmetro.com.my
No comments:
Post a Comment