KOSMO
LONDON - Buat pertama kali, teknologi garisan gol bakal digunakan pada saingan Liga Perdana England musim depan.
Namun dengan 'pembuat' undang- undang bola sepak masih belum membenarkan pengadil dibantu alatan berteknologi tinggi itu, segala ujian dan ke- putusannya nanti akan dirahsiakan.
Pengasas Hawk-Eye, Paul Hawkins mengambil serius hal itu dengan memberi sepenuh amanah kepada pegawai perlawanan untuk merahsiakan keputusan dicatat alatan berteknologi tinggi itu andai ia bercanggah dengan keputusan dibuat oleh pengadil.
Penggunaan teknologi garisan gol semakin hampir untuk dilaksanakan setelah Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB) meluluskan tempoh lagi setahun untuk ia diuji.
Malah Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter turut menganggap ia sebagai membantu para pengadil.
"Kami telah mendapat stadium untuk dijalankan ujian ini. Cuma kami tidak akan mendedahkan laporan ujian dan tidak akan mempengaruhi gol kontroversi sepanjang ujian tersebut.
"Cuma kami harap ujian penggunaan teknologi ini akan dapat membantu pengadil membuat keputusan pada masa akan datang. Kami tak mahu Hawk-Eye menampakkan kesi- lapan mereka," kata Hawkins.
Teknologi pengesanan bola Hawke-Eye dengan penggunaan kamera di sekitar stadium telah pun berjaya diaplikasikan dalam sukan tenis dan kriket.
Blatter mengubah fikiran tentang penggunaan teknologi ini selepas jari- ngan Frank Lampard yang sudah melepasi garisan gol pada Piala Dunia 2010 tidak dikira pengadil. - AP
No comments:
Post a Comment