Tuesday, March 15, 2011

Top Player Profile : Robin van Persie - Flying Dutchman

Robin van Persie dilahirkan pada 6 Ogos 1983 di Rotterdam, Belanda. Akademi Feyenoord merupakan tempat van Persie mendapat curahan ilmu dan mengasah bakatnya sehingga terpilih sebagai Pemain Muda Berbakat Belanda 2001/02. Kemudiannya, dia menyertai Arsenal pada 17 May 2004 dengan yuran perpidahan sebanyak £2.75 juta dari Feyenoord dimana dia telah memenangi Piala UEFA pada tahun 2002. Pemain berkaki kidal ini memiliki ketinggian 1.83 meter merupakan prospek masa depan untuk menggantikan lagenda Arsenal, Dennis Bergkamp.

Bermula sebagai pemain sayap kiri, namun Wenger mengubah posisinya selaku ‘center forward’ ketika beraksi di Arsenal. van Persie mendapat debut pertamanya di EPL ketika hadir sebagai pemain gantian ketika Arsenal menewaskan Manchester United 3-1 dalam Perisai Komuniti FA pada 8 Ogos 2004. Karier awal sering dibayangi penyerang-penyerang Arsenal lain ketika itu seperti Henry, Bergkamp, Reyes, Adebayor. Namun selepas pemergian Adebayor dan Eduardo, van Persie mula membuktikan kreadibiliti sebagai antara penyerang yang digeruni di EPL ketika ini. Selepas pulih dari kecederaan buku lali yang panjang, dia telah mencetak 12 gol dari 10 penampilan bersama Arsenal musim ini.

Manakala di peringkat antarabangsa pula, van Persie memulakan debutnya bersama Belanda ketika menewaskan Romania 2-0 semasa Kelayakan Piala Dunia 2006 pada 4 Jun 2005 dan menjaringkan gol antarabangsanya bersama skuad utama Belanda pada 8 Jun 2005 ketika mengalahkan Finland 4-0. van Persie hadir sebagai penyerang kedua kepada van Nistelrooy, namun kini dia merupakan penyerang utama yang membantu skuad Belanda ke perlawanan akhir Piala Dunia 2010 sebelum tewas kepada Sepanyol. Sehingga kini, van Persie telah merekodkan 19 gol dalam 52 penampilan bersama Belanda.

Sepanjang 215 penampilan bersama Arsenal, van Persie telah menjaringkan 87 gol dan 40 assists serta menjulang 1 Perisai Komuniti 2004 dan Piala FA 2005. Robin van Persie merupakan penyerang mampu mengelecek dan melakukan rembatan jarak jauh di samping naluri pembunuh melalui sepakan percuma. Peminat-peminat Arsenal sering melabelkan van Persie adalah gabungan kepada dua lagenda Arsenal iaitu Henry dan Bergkamp. Kehadirannya pasti menyuntik rasa gerun dibenak pertahanan dan penjaga gol lawan. Dan jika tidak kerana kecederaan serius yang panjang, pastinya sinar bintang van Persie akan lebih bergemerlapan.
 sumber dari Arsenal Malaysia fb.

No comments:

Post a Comment