Saturday, August 21, 2010

After Match : Arsenal 6-0 Blackpool

Seperti yang anda semua sedia maklum, Arsenal menang besar malam tadi. Tapi aku rase, aku x perlulah nak ulas banyak2 pasal kemenangan malam tadi memandangkan dah lewat nak update blog. Hot topic untuk game tersebut semestinya 3 bijik gol yang dijaringkan oleh pemain tidak konsisten, Theo walcott.Berita sensasi ke-2,Chamakh berjaya menjaringkan gol pertama beliau untuk premier league.Ke-3,Fabregas diturunkan buat kali pertama musim ni.

 Walcott menunjukkan taring singa dia

Theo walcott adalah antara beberapa pemain england yang disisihkan dalam skuad capello untuk piala dunia yang lepas.Ini mungkin disebabkan aksi-aksi walcott yang x menentu ketika beraksi dengan Arsenal.Kalau nak dibandingkan walcott dgn eboue, penyudah dan kawalan bola adalah lebih memihak kepada eboue.Namun,semua kekurangan tersebut berjaya di tutup kemas dengan aksi hebat malam tadi dengan 3 gol.Dan mungkin selepas ni,Capello akan mengambil walcott semula untuk skuad Euro2012 England.OK,cukup untuk cerita Walcott.

 Chamakh : Kepala besi yang laju

Chamakh(bukan Tamak), akhirnya berjaya menjaringkan gol menarik pada 7minit terakhir perlawanan.Beliau berjaya menanduk hantaran dari sepakan sudut yang diambil oleh RVP.Melihatkan kemesraan Chamakh dengan teammate Arsenal ketika meraikan jaringannya, terbukti yang dia begitu gembira di Arsenal dan x menyesal join the Gunners.Chamakh mantap dan kesian kat Bendtner.Haha.

 Fabregas : Hampir cergas sepenuhnya

Cerita sensasi terakhir,aku dapat hadiah kasut futsal yang cantik dan T-shirt.Haha,xla.Ok,cerita sebenar,pemain buruan Barcelona,Cesc Fabregas,telah membuat penampilan pertama musim ini apabila wenger memasukkannya pada setengah jam terakhir.Kemasukan fabregas,disambut dengan sorakan dan  tepukan gemuruh peminat2 arsenal dan ini mungkin menaikkan lagi rasa cinta dan sayang cesc terhadap arsenal(ayat jiwang).Game semalam mmg best dan diharapkan lepas ni,musnahkan Blackburn plak kat Ewood Park.Selamat meneruskan puasa.

Highlite Arsenal 6-0 Blackpool (credit to ballack13)

p/s: Raya ni nak beli baju raya yang ada badge Arsenal.Hehe

No comments:

Post a Comment