Friday, August 20, 2010

Before match : Arsenal VS Blackpool

Malam ni Arsenal akan menerima kunjungan blackpool, club yang baru dinaik taraf ke premier league.Kesebelasan utama malam ni mungkin agak berbeza berbanding minggu lepas kerana dipercayai, Song, Denilson dan Djorou telah kembali pulih dari kecederaan.Fabregas dan van persie juga bakal beraksi tetapi mungkin sebagai pemain gantian kerana masih belum cergas sepenuhnya.Barisan kemungkinan Arsenal malam ni:

Almunia
Sagna-Djorou-Vermaelen-Clichy
Diaby-Song-Rosicky
Walcott-Chamakh-Arshavin

Almunia terus diberi kepercayaan sebagai penjaga gol utama sementara menanti pembelian keeper baru(kalau jadi beli la).Djorou akan beraksi menggantikan posisi Koscielny yang digantung perlawanan manakala Rosicky akan menggantikan Samir Nasri yang cedera selama sebulan.Alex Song akan mengambil positionnya semula di bahagian defensive midfield dan ini merupakan perlawanan pertama Song musim ni.Di bahagian attacking kanan,mungkin walcott diturunkan berbanding eboue.Walcott ni harapkan laju je,tapi kawalan dan penyudah sungguh mengecewakan.Dan seperti biasa attacking kiri menjadi tugas Arshavin.Chamakh sekali lagi akan diturunkan sebagai target man utama untuk membolosi gawang Blackpool malam ni.Fabregas dan van persie mungkin akan menggantikan mana-mana pemain yang x perform malam ni.

 Almunia masih GK no 1 Arsenal

 Song baru pulih dari kecederaan

Fabregas masih belum cergas sepenuhnya

Perlawanan malam ni jam 10malam waktu Malaysia. Sape2 yang ade ASTRO kat rumah, boleh layan bola sambil pakai kain pelikat/Boxer dan singlet. Bagi yang tengok kat kedai mamak,siap sedia lah nak bayar bil makan minum korang ye. Aku pulak,layan kat tenet je.HuHU. Tapi,pegi lah tunaikan solat isyak dan terawih dulu ye.Sekian saja buat hari ni,selamat pagi semua dan selamat berpuasa untuk hari yang ke-11.

No comments:

Post a Comment