Saturday, August 28, 2010

After Match : Blackburn 1-2 Arsenal

Walcott - 20'
Diouf - 27'
Arshavin - 52'

Seperti dijangka, Arsenal menentang sebuah pasukan  ragbi di Ewood Park. Arsenal menurunkan Robin van persie sebagai striker utama bagi memberi rehat kepada Chamakh.Fabregas juga diturunkan dalam kesebelasan utama bagi mengemudi jentera tengah arsenal.Pada separuh masa pertama, arsenal diberi tentangan hebat oleh pasukan tuan rumah yang begitu bersemangat nak mengulangi kejayaan musim lepas menewaskan arsenal.Namun,pada minit ke 20,RVP bijak melorongkan bola kepada Walcott yang berada di sebelah kiri dan walcott bijak mencari ruang untuk melepaskan rembatan ke penjuru kanan gol untuk menewaskan keeper Blackburn,Paul Robinson.Arsenal 1-0.

Walcott meraikan jaringannya bersama RVP dan Diaby

Nampaknya aku perlu mengubah persepsi aku selama ni kat Walcott.Dia makin matang dan bersemangat pulak akhir akhir ni.Syabas Theo Walcott!!

Minit ke 27 tiba,dan kini giliran Diouf,pemain pinjaman dari MU pula menyamakan kedudukan untuk Blackburn 1-1 Arsenal.Pertahanan Arsenal nampak masih goyah dan rapuh juga usang dalam perlawanan ni.Koscielny nampak cam budak baru belajar main bola je.Tension aku tgk.

Sambung separuh masa kedua,Barcary Sagna berjaya melarikan bola melepasi beberapa orang pemain ragbi Blackburn di sebelah kanan,dan Sagna membuat cross rendah ke tengah kotak penalti kepada Cesc Fabregas.Namun, rembatan Fabregas terkena pertahanan Blackburn tetapi bola melantun ke arah Arshavin yang tidak dikawal.Dengan pantas,Arshavin berjaya merembat masuk bola ke gawang sebelah kiri Blackburn seterusnya mendahului 2-1.Kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat permainan  seterusnya memberi arsenal 3 mata penuh.Tahniah!!

Arshavin : Si pendek yang laju


Friday, August 27, 2010

Before Match : Blackburn VS Arsenal

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera diucapkan kepada pensyarah dan rakan-rakan blog sekalian.Hehe. Minggu ni, arsenal akan berkunjung ke Ewood Park menentang Blackburn bagi misi membalas dendam terhadap kekalahan 2-1 pada penghujung musim lepas.Jika nak dibandingkan prestasi pasukan blackburn dengan arsenal, arsenal diramal akan menang dengan mudah pada malam esok.Barisan yang aku harapkan untuk aksi esok ialah:

(4-3-3) Pilihan wenger mungkin
Almunia
Sagna-Koscielny-Vermaeleen-Clichy
Song-Diaby-Fabregas
Walcott-Chamakh-Arshavin

(4-4-2) Pilihan aku
Almunia
Sagna-Koscielny-Vermaeleen-Clichy
Song-Diaby-Fabregas-Arshavin
Chamakh-RVP

Esok mungkin walcott akan diberi harapan besar untuk mengulangi aksi mantap dye pada match lepas.Tapi aku dapat rasakan yang walcott akan tenggelam esok sebab dye ni punya corak permainan x konsisten.Kadang kadang je bagus.Kenapa tah aku anti sangat dengan walcott ni. Koscielny akan beraksi kembali  malam esok bergandingan dengan vermalen selepas tamat ban 1 perlawanan. Song akan bermain sebagai def midfield dan diharapkan Fabregas akan memulakan aksi esok dari minit pertama perlawanan.Striker, mungkin chamakh akan beraksi lagi.
Berita terbaru mengatakan Denilson sudah pulih dari kecederaan dan dah boleh beraksi untuk esok tapi aku harap wenger x turunkan denilson ni.Bagi aku dye kurang sengat nak kawal kawasan tengah arsenal.Pemain baru,squillaci yang nama cam hampir sama dgn laici,xkan main esok sebab kene train cukup cukup dulu.Lagipun,baru je sampai kan,rilek la dulu.

 Denilson : Baru pulih dari kecederaan
So,as a conclusion, aku harap game esok arsenal akan menang dengan besar mungkin 4-0 jer..Xyah predict banyak2.Esok mungkin awal rasanya dalam pukul 7.55 malam waktu Malaysia.Pas berbuke tu,cepat2 makan,cepat2 solat maghrib then hadap tv puas2!! pas dah abes, jgn lupe solat isyak dan terawih sekali ok..K lah,cukup lah ni.Nak makan kurma Yusuf Taiyoob....

Thursday, August 26, 2010

Undian kumpulan Champions League 2010/2011

Arsenal diundi ke dalam Group H bersama sama dengan Shakhtar Donetsk, Braga dan Partizan Belgrade.Macam senang je sume opponent arsenal kali ni. hantar 2nd team pun gerenti menang.Yang menariknya, Arsenal bakal berdepan Eduardo iaitu ex-striker arsenal yang telah berpindah ke Shaktar Donetsk.Tapi rasanya,eduardo pernah cakap yang dye xkan main kalau menentang arsenal.Kita tunggu jela nanti.
Cerita tentang pendatang baru,iaitu jiran arsenal sendiri,Tottenham telah diundi dalam group A bersama sama juara musim lepas Inter Milan.Sayur la tottenham kene bantai nanti.hahaha.Team lain yang sama dlm group ni Werder bremen dan FC Twente.

 Bekas juara 2009/2010

Malas nak cite sume group tapi last,tentang group yang agak maut sikit iaitu Group G.Semua kelab inggeris agak lega apabila berjaya mengelak daripada diundi dengan Real madrid kerana kelab bimbingan mourinho ni diundi untuk 2nd spot.Sebaliknya, AC Milan,Ajax dan Auxerre bakal menentang kuasa magician Jose Mourinho.

Siapa yang bakal menjadi juara kali ni?Lambat lagi kot..Tunggu dan tonton sehingga ke penghujung.Oh ye, aksi final kali ni kat Wembley.so,ini adalah advantage kalau ade kelab inggeris berjaya ke final.So,good luck Arsenal.

Monday, August 23, 2010

Squillaci sah milik Arsenal

Pertahanan tengah Sevilla,Squillaci sah menjadi milik Arsenal dan dilaporkan tiba di Emirates isnin harini  setelah selesai pemeriksaan kesihatan.Sevilla melaporkan bahawa pihak mereka telah bersetuju dengan tawaran yang dikemukakan oleh arsenal.Wenger kini berada di landasan yang tepat untuk memenangi kejuaraan musim ini jika beliau menandatangani seorang lagi pemain iaitu penjaga gol berpengalaman.Berita perpindahan Squillaci ke arsenal amat menggembirakan para peminat dan kini barisan pertahanan arsenal boleh menarik nafas lega dengan penambahan seorang lagi CB setelah pemergian 3orang CB iaitu gallas,campbell dan silvestre.Gallas dah join Tottenham dengan gaji 80,000 pound/week.

Sebastien Squillaci bakal memantapkan lagi pertahanan Arsenal

Dan berita terbaru mengatakan,Jose mourinho berminat ingin mendapatkan Clichy bagi memantapkan lagi bek kiri Real Madrid.Berita ini memeningkan wenger kerana beliau mesti memutuskan sama ada Gibbs mampu ke x nak isi position yang ditinggalkan Clichy nanti.Pada pandangan aku,Gibbs dah bersedia dah untuk jadi star Arsenal.So,jual je clichy,boleh dapat banyak duit.

Gael Clichy buruan Real Madrid

Sekian saja.Assalamualaikum..


Saturday, August 21, 2010

After Match : Arsenal 6-0 Blackpool

Seperti yang anda semua sedia maklum, Arsenal menang besar malam tadi. Tapi aku rase, aku x perlulah nak ulas banyak2 pasal kemenangan malam tadi memandangkan dah lewat nak update blog. Hot topic untuk game tersebut semestinya 3 bijik gol yang dijaringkan oleh pemain tidak konsisten, Theo walcott.Berita sensasi ke-2,Chamakh berjaya menjaringkan gol pertama beliau untuk premier league.Ke-3,Fabregas diturunkan buat kali pertama musim ni.

 Walcott menunjukkan taring singa dia

Theo walcott adalah antara beberapa pemain england yang disisihkan dalam skuad capello untuk piala dunia yang lepas.Ini mungkin disebabkan aksi-aksi walcott yang x menentu ketika beraksi dengan Arsenal.Kalau nak dibandingkan walcott dgn eboue, penyudah dan kawalan bola adalah lebih memihak kepada eboue.Namun,semua kekurangan tersebut berjaya di tutup kemas dengan aksi hebat malam tadi dengan 3 gol.Dan mungkin selepas ni,Capello akan mengambil walcott semula untuk skuad Euro2012 England.OK,cukup untuk cerita Walcott.

 Chamakh : Kepala besi yang laju

Chamakh(bukan Tamak), akhirnya berjaya menjaringkan gol menarik pada 7minit terakhir perlawanan.Beliau berjaya menanduk hantaran dari sepakan sudut yang diambil oleh RVP.Melihatkan kemesraan Chamakh dengan teammate Arsenal ketika meraikan jaringannya, terbukti yang dia begitu gembira di Arsenal dan x menyesal join the Gunners.Chamakh mantap dan kesian kat Bendtner.Haha.

 Fabregas : Hampir cergas sepenuhnya

Cerita sensasi terakhir,aku dapat hadiah kasut futsal yang cantik dan T-shirt.Haha,xla.Ok,cerita sebenar,pemain buruan Barcelona,Cesc Fabregas,telah membuat penampilan pertama musim ini apabila wenger memasukkannya pada setengah jam terakhir.Kemasukan fabregas,disambut dengan sorakan dan  tepukan gemuruh peminat2 arsenal dan ini mungkin menaikkan lagi rasa cinta dan sayang cesc terhadap arsenal(ayat jiwang).Game semalam mmg best dan diharapkan lepas ni,musnahkan Blackburn plak kat Ewood Park.Selamat meneruskan puasa.

Highlite Arsenal 6-0 Blackpool (credit to ballack13)

p/s: Raya ni nak beli baju raya yang ada badge Arsenal.Hehe

Friday, August 20, 2010

Before match : Arsenal VS Blackpool

Malam ni Arsenal akan menerima kunjungan blackpool, club yang baru dinaik taraf ke premier league.Kesebelasan utama malam ni mungkin agak berbeza berbanding minggu lepas kerana dipercayai, Song, Denilson dan Djorou telah kembali pulih dari kecederaan.Fabregas dan van persie juga bakal beraksi tetapi mungkin sebagai pemain gantian kerana masih belum cergas sepenuhnya.Barisan kemungkinan Arsenal malam ni:

Almunia
Sagna-Djorou-Vermaelen-Clichy
Diaby-Song-Rosicky
Walcott-Chamakh-Arshavin

Almunia terus diberi kepercayaan sebagai penjaga gol utama sementara menanti pembelian keeper baru(kalau jadi beli la).Djorou akan beraksi menggantikan posisi Koscielny yang digantung perlawanan manakala Rosicky akan menggantikan Samir Nasri yang cedera selama sebulan.Alex Song akan mengambil positionnya semula di bahagian defensive midfield dan ini merupakan perlawanan pertama Song musim ni.Di bahagian attacking kanan,mungkin walcott diturunkan berbanding eboue.Walcott ni harapkan laju je,tapi kawalan dan penyudah sungguh mengecewakan.Dan seperti biasa attacking kiri menjadi tugas Arshavin.Chamakh sekali lagi akan diturunkan sebagai target man utama untuk membolosi gawang Blackpool malam ni.Fabregas dan van persie mungkin akan menggantikan mana-mana pemain yang x perform malam ni.

 Almunia masih GK no 1 Arsenal

 Song baru pulih dari kecederaan

Fabregas masih belum cergas sepenuhnya

Perlawanan malam ni jam 10malam waktu Malaysia. Sape2 yang ade ASTRO kat rumah, boleh layan bola sambil pakai kain pelikat/Boxer dan singlet. Bagi yang tengok kat kedai mamak,siap sedia lah nak bayar bil makan minum korang ye. Aku pulak,layan kat tenet je.HuHU. Tapi,pegi lah tunaikan solat isyak dan terawih dulu ye.Sekian saja buat hari ni,selamat pagi semua dan selamat berpuasa untuk hari yang ke-11.

Thursday, August 19, 2010

Tawaran kedua ke atas Mark Schwarzer ditolak

Laporan mengatakan bidaan kedua bernilai 2juta pound,ke atas keeper fulham ni telah ditolak.Fulham macam nak ambil kesempatan terhadap situasi yang melanda arsenal sekarang.Shay Given pula mungkin terlalu mahal bagi wenger, lebih2 lagi man city mahu mengekalkan given kat eastlands.Wenger kelihatan begitu kedekut sekali dalam hal membeli pemain mungkin disebabkan arahan dari pihak atasan.Kalau difikirkan balik,duit hasil jualan kolo toure(15m) dan adebayor (25m) berjumlah 40million pound!!! Banyak jugak..tapi baru beli defend sorang je dengan harga 10million.Masih ade baki 30million pound lagi.

 Shay Given GK ke-2 Man City

Berita terbaru, Jay simpson, 21 tahun, bakal berpindah ke Hull city dengan yuran perpindahan mungkin sekitar 1juta pound.Dan bek kiri arsenal,Armand Traore bakal berhijrah ke kelab Portugis, Benfica.Traore mungkin bernilai sekitar 3.5juta pound.Diharapkan dengan duit hasil penjualan Jay dan Traore ni , Arsenal dapat beli sorang goalkeeper yang bagus.

 Jay Simpson

 Traore

Lagi berita tentang Gallas,pemain arsenal yang telah tamat kontrak.Dia akan menyertai Tottenham secara percuma dan bakal menerima gaji sebanyak 80,000 pound seminggu.Selamat maju jaya kepada Gallas.
Selamat Berpuasa kepada semua pengunjung blog!!TQ

Giliran Frimpong pula injured. . . .

Baru je 1 game bermula season ni, dah makin ramai player arsenal cedera. Yang terbaru pemain defensive midfield berbakat, emmanuel frimpong mengalami kecederaan ligamen yang serius dan mungkin pulih dalam jangka masa 6-9 bulan..Wat the tutt........Dengan kecederaan yang semakin menghantui player arsenal sejak kebelakangan ni, Wenger MESTI/PERLU/NEED beli beberapa pemain berkualiti sebagai back-up jika berhasrat untuk memenangi piala musim ni.Van persie,rosicky dan diaby adalah antara player yg mudah cedera dan aku yakin mereka2 ni akan cedera lagi musim ni.Tapi yang peliknye,frimpong ni mamat ghana,xkan senang2 je injured?Ape-ape pun, aku harap arsenal dapat beli 2-3 orang player lagi sebelum transfer window tutup akhir bulan ni.

Emmanuel Frimpong

Siapakah pemain Arsenal ini?


Cuba korang semua teka..Senang je kot..

Wenger nak Sebastien Squillaci dalam skuad Arsenal

Wenger dilaporkan telah melakukan bidaan ke atas centre-back Sevilla,merangkap pemain Perancis, Sebastien Squillaci yang berumur 30tahun. Ini bagi memastikan benteng pertahanan arsenal lebih berpengalaman setelah pemain pertahanan veteran seperti gallas,campbell dan silvestre meninggalkan arsenal.Wenger ni suka sangat beli player perancis,maklumlah player england mahal2 tapi hampeh je.Akhbar sepanyol melaporkan pemain ini bernilai sekitar 6.5 juta pound dan harga tersebut belum tentu lagi sanggup dibayar arsenal.Squillaci baru2 ni meminta manager sevilla supaya dia tidak diturunkan dalam aksi Champiaon league.

Squillaci bersedia berpindah ke Arsenal

Diharapkan berita perpindahan ni menjadi kenyataan walaupun aku x berapa kenal dye ni..haha..terdesak memerlukan high quality centre back,goalkeeper and central midfield.

Wednesday, August 18, 2010

Samir Nasri cedera?

Oh tidak!! Key player arsenal dah mengalami kecederaan lutot.Berita ni amat merisaukan aku begitu juga peminat-peminat arsenal semua.Dijangka sebulan baru sembuh. Nasri yang diketepikan dalam skuad piala dunia perancis,merupakan pemain tengah yang sedang meningkat naik.Dia juga begitu cemerlang ketika kempen pra musim ARSENAL.Dengan kecederaan player semakin bertambah saban hari(haha,ayat skema), Wenger bakal mengalami sakit otak disebabkan kekurangan pemain berkualiti.

 Nasri

Aksi minggu ni menentang blackpool,bakal mempertaruhkan jack wilshere sekali lagi di bahagian tengah.Berita baiknye, Fabregas mungkin bakal beraksi dalam perlawanan ni nanti.

 Wilshere bakal diturunkan sekali lagi

Sekian saja.Salam ramadan semua.

Sunday, August 15, 2010

After Match : Arsenal 1-1 Liverpool

Harapan nak tengok arsenal belasah liverpool x tercapai sebaliknya seri je.Walaupun liverpool bermain dengan 10 org setelah joe cole dilayangkan kad merah,arsenal masih gagal mencari gol sebaliknya ngog yg berjaya membolosi gawang arsenal pada awal babak kedua melalui rembatan padu dari sudut sukar.

 Joe cole yang sengal

Arsenal kelihatan tertekan dan terus menggandakan asakan demi asakan dan hasilnya, pada minit ke 91 chamakh berjaya menanduk bola ke arah tiang tapi x gol,tetapi reina yang menolong menjaringkan gol penyamaan arsenal(Thanks a lot!!).Dan malangnye,koscielny kene kad kuning kedua, hasilnya, kad merah lah hadiah terbaek dari reff.

 Reina yang kekecewaan
Budak baru dah kene red kad

Saturday, August 14, 2010

Before match : Arsenal VS Liverpool

Game malam ni, arsenal akan menentang liverpool. Sungguh mendebarkan betul aksi permulaan musim ni.Awal2 lagi dah jumpa liverpool.Tapi, pape pun jangan risau.Aku yakin sangat arsenal akan menang game malam ni.Walaupun v.persie dan fabregas mungkin xdapat main,tapi chamakh ngan wilshere boleh isi position ni.Arshavin sekali lagi akan menjadi tumpuan apabila menentang liverpool disebabkan gol2 yg dia jaringkan ketika musim lepas.Aku jangkakan arsenal 3-1 liverpool.(tp aku harap 5-0)

 Arshavin bakal menyinar malam ni

Friday, August 13, 2010

Lepaskan Mark Schwazer!!



Keeper Fulham merangkap keeper australia ni, nak bermain untuk arsenal. Memandangkan umur pun dah 38, beliau nak main di peringkat champion league dan memenangi beberapa trofi bersama arsenal.Aku harap wenger dapt la bawak mamat ni datang ke emirates.Tapi kalau dapat shay given lagi bagus. So, slmt datang Mark..and goodbye almunia + fabianski.

Saturday, August 7, 2010

Pre season match: Arsenal 6-5 Legia warsaw

ARSENAL MENANG!!! BANYAK GILER GOL.HUHU

Thursday, August 5, 2010

Fabregas ke barcelona? Tidak mungkin

Fabregas telah kembali ke emirates setelah tamat rehat world cup.Dia akan kekal sebagai player arsenal dan bakal memenangi kejuaraan bersama arsenal.