Saturday, November 27, 2010

Aston villa 2-4 Arsenal

Barisan pemain:

Fabianski
Sagna-Squillaci-Koscielny-Clichy
Wilshere-Song-Rosicky
Nasri-Chamakh-Arshavin

Arsenal melonjak ke tangga teratas Liga Perdana England selepas mencatat kemenangan dramatik 4-2 ke atas Aston Villa di Villa Park semalam.

Skuad bimbingan  Wenger mengumpul 29 mata, masing-masing satu mata mengatasi pencabar terdekat, Chelsea dan Manchester United.

Pemain sayap Rusia, Andrey Arshavin meletakkan skuad The Gunners di hada- pan pada minit ke-39 selepas berjaya menembusi benteng pertahanan Villa, sekali gus menewaskan penjaga gol, Brad Friedel.

Enam minit kemudian, pemain tengah Perancis, Samir Nasri menjadikan kedu- dukan 2-0 selepas dia bijak menyambar hantaran lintang Arshavin untuk sekali lagi menewaskan Friedel.
Begitupun, Villa berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan Ciaran Clark pada minit ke-52 sebelum Marouane Chamakh kembali meletakkan Arsenal selesa di depan tiga minit kemudian.
Pada minit ke-70, Clark meledakkan gol kedua Villa tetapi Jack Wilshere membuktikan kehebatannya untuk mengesahkan kemenangan Arsenal pada minit-minit akhir permainan.
Kemenangan itu adalah penamat kepada minggu yang penuh dramatik bagi Arsenal yang tewas 0-2 kepada Braga pada aksi Liga Juara-Juara selepas diaib- kan dengan kekalahan 2-3 kepada Totten- ham Hotspur di gelanggang sendiri.

No comments:

Post a Comment