Sunday, November 14, 2010

Everton 1-2 Arsenal

Akhirnya arsenal menunjukkan permainan menarik mereka terhadap Everton dengan menjaringkan 2 gol.

Barisan pemain yg diturunkan seperti yang aku nak dlm post before match dimana Nasri bermain di bahagian kanan dan Arshavin di kiri. Percaturan ni nampak serba menjadi dengan Nasri keihatan begitu lincah dan bijak ketika mengasak kubu lawan.Arshavin juga memberi persembahan baik dengan beberapa percubaan ke arah gol dan 1 assist.

Penghujung babak pertama, Nasri cuba membawa bola ke tengah kawasan penalti dan melepaskan satu rembatan padu melalui kaki kiri dan berjaya ditepis goalkeeper.Namun bola muntah tersebut berjaya dikawal arshavin dgn baik dan arshavin menghantar bola kepada sagna dan goal!!!!!! Bacary sagna, pemain yg selalu cross akhirnya mengubah fikirannya harini untuk tidak cross sebaliknya cuba shoot dan hasilnya berbaloi baloi.


Arsenal terus mengawal bola pada masa kedua permainan dengan Denilson dimasukkan mengganti Wilshere yg kelihatan lemah di padang kerana saiznya yg agak kecik. Kemasukan denilson terus memberi impak kepada bahagian tengah arsenal. 

Minit ke 48, permainan one touch dari denilson,fabregas dan nasri berjaya mengelirukan pertahanan everton. Fabregas meletakkan namanya selaku penjaring apabila berjaya menyepak masuk hantaran nasri ke sebelah kiri gawang lawan.Arsenal 2-0 Everton.


Arsenal cuba memperlahankan rentak permainan dengan passing2 menarik dan kawalan bola yang kemas.Namun , 15minit terakhir,Everton kelihatan semangat semula apabila berjaya melakukan asakan2 dan memberi tekanan kepada arsenal.Fabianski sekali lagi membukikan kehebatannya menjaga gawang arsenal dengan menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya everton. Nampaknya, Almunia semakin dilupakan.hahaha.

Minit 89, Tim cahill berjaya memperoleh gol saguhati mereka walaupun keadaan mungkin foul akibat terjahan Saha ke atas song. Tetapi pengadil tidak mempedulikannya dan Arsenal 2-1 Everton. S#%* punye pengadil.

Tapi xpe,yg penting dah menang. Everton xsempat nak buat comeback macam dyeorang buat kat Man Utd dulu.Sorry fan everton, ARSENAL is better than Man Utd.Arsenal berjaya memintas Man utd di tangga kedua dan mengurangkan perbezaan mata dengan chelsea kepada 2.Sama2 kita harapkan chelsea kalah ataupun seri.Huhu.SEKIAN SAJA.

No comments:

Post a Comment