Friday, December 31, 2010

Selamat Datang 2011

 
 
Tahun 2010 dah pun berlalu.
Xbanyak yg aku alami dalam tahun 2010 dan boleh dikatakan tahun yg agak suram dalam hidup aku. Dari segi cinta, kewangan, persahabatan, dan keluarga semuanya sederhana. Namun 2010 telah memberi impak yg agak besar juga dalam kategori keluarga.
 
Aku juga telah membuat pembelian terbesar dalam hidup dengan menghabiskan kira2 RM6,500 untuk membayar deposit kereta pertama aku iaitu PROTON SAGA BLM. Kereta yg masih suci lagi tanpa convert apa2 disebabkan masalah kewangan.
Untuk bolasepak pula, kelab aku ARSENAL, aku semakin suka kepada SAMIR NASRI yg banyak mempamerkan skil2 menarik dan seronok dilihat. Aku harap 2011,ARSENAL akan lebih bagus dan dapat menang trofi EPL dan kalahkan BARCELONA. . .

Untuk cinta pula, banyak pengalaman menarik telah aku lalui bersama si dia yg sangat comel dan periang. Namun pergaduhan masih juga berlaku dan 2011 aku harap, kami akan lebih baik dan rapat.

Persahabatan jelas sekali amat terjejas teruk dalam tahun 2010 dimana, rakan2 sekolah jarang contact dan jarang juga keluar bersama. Mungkin masing2 sibuk agaknye. Think positif.

2011 aku akan membuat beberapa perancangan yg aku rasa bagus untuk diri aku.Harap berjaya.



Before Match : Birmingham vs Arsenal

Arsenal menurunkan barisan terkuat untuk game ni.

Fabianski
Sagna-Djorou-Koscielny-Clichy
Song
Fabregas-Wilshere
Walcott-V.Persie-Nasri

Arshavin sekali lagi bakal diletakkan di bangku simpanan kerana beliau sering kelihatan malas mengejar bola dan selalu melepaskan bola kepada pihak lawan. Namun sumbangan arshavin terhadap gol arsenal xdapat dinafikan lagi. Tengok je pada match lawan wigan haritu,walaupun arshavin nampak malas tapi dye berjaya score gol dan assist gol bendtner.
Birmingham mempunyai rekod yg cukup baik di tempat mereka dengan rekod kalah sekali dalam tempoh 16bulan. Aku pun xpecaye.

Dengan pemain sedia ada,Arsenal xde masalah untuk menang match ni.

Thursday, December 30, 2010

Sesi kemasukan IPT bermula September

Mulai tahun depan, IPT akan menerima kemasukan pelajar bermula september yang telah ditukar daripada julai. Ini bermakna para pelajar akan bercuti hanya sekali setahun selama lebih kurang 4bulan dan diselaraskan untuk semua IPT.

Berita ni agak teruja tetapi terdapat kelebihan dan kekurangannya dan xpayahlah nak diceritakan.
Lebih lanjut di muka depan Berita HARIAN.

Habuan pemain Malaysia RM25 000 seorang

Pemain Malaysia bakal menerima durian runtuh setelah berjaya menjuarai AFF suzuki cup buat pertama kali dalam tempoh 14tahun. Anggaran kasar pemain akan menerima RM 25,000 seorang darIpada hadiah kemenangan USD 100,000 , MSN bagi RM5,000 seorang dan Tabung Akujanji bagi RM 4,000 seorang. Lebih menarik lagi, FAM juga akan memberikan ganjaran namun jumlahnya masih belum diketahui.

Mewah jugak hidup wira2 bolasepak ni.
JELES!


Wenger TAKNAK Shopink Januari 2011


 Wenger jelas mempertahankan kebolehan para pemain Arsenal dengan mengatakan Arsenal tidak perlu berbelanja pada musim perpeindahan Januari ini. Walaupun beliau menyedari kegoyahan benteng pertahanan arsenal telah menyebabkan arsenal keciciran mata yg banyak musim ni,beliau tetap optimis dgn tindakannya.

Gandingan squillaci dan koscielny sgt huru hara. Kecederaan panjang Vermaelen telah memberi impak besar terhadap barisan pertahanan. Walaupun wenger xnak beli pemain, Djorou sepatutnya menjadi pemain utama menggantikan squillaci kerana permainan Djorou lebih kemas dan cantik.

Ramai peminat kecewa dgn tindakan wenger menukar 8pemain ketika menentang Wigan tempoh hari tetapi bagi aku,pertukaran pemain yg dilakukan sangat bagus.Rata2 pemain simpanan arsenal kelihatan begitu mantap cuma yg peliknya knp perlu merehatkan Djorou? 

Dengan kembalinya vermaelen hujung januari nanti ,arsenal akan lebih kukuh di pertahanan dan posisi lain tiada masalah lebih2 lagi kembalinya van persie dalam skuad utama telah menguatkan jentera serangan arsenal.

Monday, December 27, 2010

Arsenal 3-1 Chelsea

Memang best bila menang besar macam ni. Gol2 dijaringkan oleh song,fabregas dan walcott manakala ivanovic menjaringkan untuk chelsea. Kemenangan ni menjadikan arsenal naik ke tangga ke2 semula, 2mata dibelakang man utd. Tahniah arsenal.






Sunday, December 26, 2010

Chamakh memerlukan rehat

Chamakh : Sudah banyak beraksi

Pemain maghribi ini telah bermain hampir kesemua perlawanan arsenal semenjak menyertai kem arsenal. Hal ni disebabkan bendtner dan v.persie yg masih injured pada awal musim.

Prestasi chamakh telah menurun baru2 ni mungkin kerana faktor kepenatan dan bagi aku chamakh memerlukan rehat yang secukupnya. Berdasarkan corak permainan chamakh, aku x berapa suka sangat sebab dye ni xsuka shoot. Seorang striker perlu mencari peluang melepaskan rembatan bukannya memberi peluang kepada teammate shoot. Kawalan bola dari chamakh memang bagus cuma dye xsuka rembat walaupun diberi peluang yg terbuka.

Wenger mungkin perlu melatih mamat ni shoot time training. xtaulah kenapa dye malu sangat depan gol. Dah ada peluang,shoot je.Sekian saja untuk kes chamakh.

Arsenalteamkami.

Before Match : Arsenal vs Chelsea


Barisan pemain Arsenal :

Fabianski
Sagna-Squillaci-Koscielny-Clichy
Song
Walcott-Fabregas-Wilshere-Nasri
V.Persie

Formation mungkin macam ni, tapi kalau wenger guna 2 penyerang dgn memasukkan chamakh sekali nampak lebih mantap dan kuat.

Chelsea yg banyak keciciran mata baru2 ni dengan yakin berkata mampu mengalahkan arsenal. Namun bagi aku, Arsenal mampu dan boleh kalahkan chelsea kat emirates nanti.

 Van persie : Tersenarai dalam 11 utama

Game start pada pukul 4pagi hari selasa. Arsenal mesti menang!!

Malaysia 3-0 Indonesia



Satu perlawanan yg cukup menarik ditonton,penuh aksi, padat dengan drama dan kontroversi. Persembahan anak didik K.Rajagopal pada malam semalam memang harus diberikan pujian kerana berjaya mempamerkan aksi mantap dan bertenaga. 

Pemain tengah Malaysia selaku kapten, Safiq rahim berjaya mengawal kawasan tengah dengan baik dan berjaya bermain ala2 Xavi hernandez (puji sket). Pemain sayap malaysia, Kunalan juga berjaya membolosi bahagian tepi indonesia sekali sekala dan berjaya memberikan tekanan kepada pihak lawan.

Serangan demi serangan diatur dan dilancarkan oleh kedua dua pasukan namun Malaysia jelas sekali lebih menguasai bola. Dengan kehadiran puluhan ribu penyokong Malaysia di stadium Bukit jalil, menyemarakkan lagi semangat pemain2 negara.

Namun,kedudukan terikat 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama. Bermulanya masa kedua, rajagopal memasukkan ashaari menggantikan amirulhadi bagi mengisi posisi sayap kiri. Ashaari merupakan penjaring terbanyak liga super 2010 dan kemasukan beliau jelas membuahkan hasil dengan membantu jentera serangan yg diketuai oleh norshahrul dan safee sali.

Pemain bernombor 9, norshahrul idlan talaha yang baru saja berkahwin sehari sebelum perlawanan ni telah memberikan impak besar terhadap kemenangan ni. PADA MINIT KE 60, kebijaksanaan beliau terserlah apabila berjaya mencuri bola yg disangka keluar oleh defend indonesia dan membawanya ke tengah kotak penalti. Namun, beliau bijak apabila melorongkan bola kepada safee sali yg dgn mudahnya menyepak masuk ke gawang gol indonesia.Malaysia 1 didepan.

Norshahrul idlan talaha

Minit ke 68, shahrul sekali lagi mencuri tumpuan apabila mengelecek masuk ke kotal penalti indon dan melepaskan rembatan namun berjaya dihalang defend indon. Tetapi bola muntah tersebut berjaya dirembat kemas oleh Ashaari terus ke penjuru kiri gol indonesia. Satu gol yg cantik.MALAYSIA 2 di depan.

Minit ke 72, defend kiri malaysia, Mahali naik ke atas membantu serangan. Hasil cross beliau dari kiri, berjaya mencari safee sali yg tidak dikawal.Safee berjaya menyudahkan free header kencang untuk gol ketiga MALAYSIA. bAgi aku, ni gol tercantik malam tu.

 Wira2 Malaysia

Dengan kemenangan ni, malaysia berjaya mendapat bekal selesa untuk final ke2 rabu ni.Aku harap malaysia berjaya untuk final ke2 nanti. So, tahniah Malaysia dan tahniah kepada semua pemain malaysia begitu juga para penyokong malaysia. Terima kasih kerana menunjukkan permainan menarik dan aku terhibur.

Jumpa lagi...


Saturday, December 11, 2010

Before match : Man Utd vs Arsenal


Perlawanan penentuan tempat pertama sememangnya hangat diperkatakan.Belum pun mula perlawanan,perang psikologi sudah pun dilancarkan.

Aku paling menyampah fan2 united.Cakap besar je,berlagak nak mampus.Aku rasa yakin kali ni arsenal boleh menang kat old trafford.Dan pastinya semua gunners mengharapkan fabregas dapat bermain pada perlawanan penting macam ni,namun keputusan sama ada cesc boleh main ke x masih xtau lagi.

Fabregas : Arsenal mengharapkan beliau beraksi

Fabregas dah ingatkan rakan2nya yg arsenal mesti menang dalam game ni bagi membuktikan taring sebenar yg dimiliki skuad muda arsenal.Begitu juga dengan player2 united yg begitu yakin dapt kalahkan arsenal untuk game awal pagi selasa nanti.

Line up yg dijangka turun:

Fabianski
Sagna-squillaci-koscielny-Clichy
Wilshere-song-rosicky
Nasri-chamakh-arshavin

Gandingan centre back arsenal antara laci dan kos memang agak teruk begitu juga dengan defend2 man utd jugak.kat sini dah agak seimbang.

bahagian tengah plak arsenal perlukan pemain yg lebih mantap seperti rosicky dan fabregas.Namun wilshere bakal mengambil position fabregas kalau fab memang xdapat diturunkan.

arshavin perlu pandai kawal body balance sebab dye ni selalu sangat jatuh dan hilang bola.kalau arshavin on form jugak malam tu sama macam nasri,memang konfem arsenal menang.

Nasri : Diharap mampu membuat magic lagi

So,aku berharap sangat arsenal menang lebih2 lagi dah menaip panjang macam ni.Arsenal 3-2 man utd.Boleh menang lah.

Game start awal pagi selasa jam 3.30 pagi.

Wednesday, December 8, 2010

Arsenal 3-1 Partizan

Persembahan arsenal kurang mantap di awal permainan namun di penghujung permainan arsenal berjaya bangkit.

Formation 442 :

Fabianski
Sagna-squillaci-koscielny-gibbs
Nasri-song-denilson-arshavin
rvp-chamakh

Gol pertama minit ke 30 hasil sepakan penalti van persie.Sungguh tenang dan yakin sekali rvp shoot.
Namun,bermula babak ke2, partizan berjaya menyamakan kedudukan menerusi reflection daripada squillaci.

rvp semakin cergas

Arshavin yg agak lemau dan lembik pagi tadi (kejap2 jatuh) digantikan oleh walcott dan kemasukan walcott adalah amat berbaloi apabila beliau berjaya menyumbat gol kedua menerusi volley cantik.

Kemasukan walcott berjaya membakar semangat arsenal

Gol kedua berjaya membakar semangat the gunners dan arsenal terus mengasak,hasil gerakan cantik song menghampiri kotak penalti partizan,song menghantar bola kepada nasri dan nasri berjaya menyumbat gol ketiga arsenal melalui rembatan kaki kirinya.Hasilnya, arsenal layak ke pusingan kalah mati.Yes!!

Tapi,sagna kena red card time minit 85.Macam xpatot je.Pemain penting plak tu.Harap2 wenger buat rayuan.

Agak lega sekarang sebab arsenal dah layak.sekarang xsabar menghitung hari isnin untuk pertemuan vs man utd.aku yakin arsenal boleh menang.



http://www.mediafire.com/download.php?t45me7mzexw11a0

Saturday, December 4, 2010

Arsenal 2-1 Fulham

Kemenangan pertama di Emirates untuk musim ni.Sangat2 gembira dan mengujakan dengan Samir Nasri terus menambah koleksi gol beliau.

Line up Arsenal:

Fabianski
Sagna-Squillaci-Koscielny-Clichy
Rosicky(C)-Song-Wilshere
NASRI-Chamakh-ARSHAVIN

 Nasri the best

 Kawalan bola yang cantik

Chelsea seri 1-1 dengan Everton dan Man utd punye match ditunda. Arsenal dengan ini berjaya merampas kembali tempat teratas liga mengumpul 32 mata.Satu petanda yang baik.

Masalah utama disini ialah betape rapuhnya benteng pertahanan arsenal yg selalu sangat melepaskan gol.Perkara ni perlu diambil serius lebih2 lagi untuk match menentang Man utd minggu depan.

Tapi,kemenangan ni memang bagus untuk player2 arsenal bagi menambahkan semangat untuk minggu depan begitu juga dengan fan2 arsenal.Belasah man utd next week!!

http://www.mediafire.com/?6ce2x0d3864ti1c 

Wednesday, December 1, 2010

Arsenal vs Ipswich : Semi final carling cup

Peluang terbaik arsenal untuk memenangi trofi selepas 5tahun walaupun ia sekadar carling cup.Tapi, tetap trofi jugak.Lawan di semi final nampak mudah namun jangan diambil ringan akan kemampuan skuad pimpinan roy keane tersebut.

Satu lagi semi's antara birmingham dan west ham.Final di wembley.




Saturday, November 27, 2010

Aston villa 2-4 Arsenal

Barisan pemain:

Fabianski
Sagna-Squillaci-Koscielny-Clichy
Wilshere-Song-Rosicky
Nasri-Chamakh-Arshavin

Arsenal melonjak ke tangga teratas Liga Perdana England selepas mencatat kemenangan dramatik 4-2 ke atas Aston Villa di Villa Park semalam.

Skuad bimbingan  Wenger mengumpul 29 mata, masing-masing satu mata mengatasi pencabar terdekat, Chelsea dan Manchester United.

Pemain sayap Rusia, Andrey Arshavin meletakkan skuad The Gunners di hada- pan pada minit ke-39 selepas berjaya menembusi benteng pertahanan Villa, sekali gus menewaskan penjaga gol, Brad Friedel.

Enam minit kemudian, pemain tengah Perancis, Samir Nasri menjadikan kedu- dukan 2-0 selepas dia bijak menyambar hantaran lintang Arshavin untuk sekali lagi menewaskan Friedel.
Begitupun, Villa berjaya merapatkan jurang menerusi jaringan Ciaran Clark pada minit ke-52 sebelum Marouane Chamakh kembali meletakkan Arsenal selesa di depan tiga minit kemudian.
Pada minit ke-70, Clark meledakkan gol kedua Villa tetapi Jack Wilshere membuktikan kehebatannya untuk mengesahkan kemenangan Arsenal pada minit-minit akhir permainan.
Kemenangan itu adalah penamat kepada minggu yang penuh dramatik bagi Arsenal yang tewas 0-2 kepada Braga pada aksi Liga Juara-Juara selepas diaib- kan dengan kekalahan 2-3 kepada Totten- ham Hotspur di gelanggang sendiri.

Saturday, November 20, 2010

Arsenal 2-3 Tottenham

20/11/2010 adalah hari yg cukup mengecewakan. Aku bangun pagi pukul 11, terus main PES 2011 sampai pukul 2 sebab nak tengok takraw final Malaysia vs Thailand. Dan ternyata mengecewakan.

Malam pula, aku xsabar menunggu match derby arsenal-tottenham walaupun ade siaran lain yg menarik, final man double antara malaysia dan indon tapi aku tetap tengok arsenal lawan.Dan keputusannya terus mengecewakan aku badminton kalah dan arsenal jugak kalah.Damn!!

Arsenal bermula agak mantap pada separuh masa pertama apabila nasri berjaya menjaringkan gol menarik pada minit ke 9 setelah menerima hantaran jauh dari fabregas. Segalanya nampak menjadi dengan gerakan passing yg cantik dan kemas.Chamakh terus menambah derita spurs apabila menyudahkan hantaran lintang arshavin dan arsenal berjaya leading 2-0 sehingga tamat separuh masa pertama.

Aku pun tukar channel 801 untuk tengok aksi final acara badminton.Dalam hati cakap, boleh makan r tottenham ni,konfem menang.Tapi aku curik2 jugak tengok arsenal main,bukak je 812,tengok result dah 2-2..Apa dah jadi arsenal??Hati aku punya la geram.Aduyai......Tambah geram lagi,xlame pastu kabul plak jaringkan gol ketiga tottenham hasil free kick dari van der vart,2 assist 1 gol.Mantap giler vdv ni.

 Aku xleh terima kekalahan ni

Aku dah xtau nak cakap ape lagi.Arsenal perlu konsisten kalau nak jadi juara. Tadi chelsea dah kalah.Kalau boleh kekalkan 2-0 tadi dah konfem dah arsenal lead premier league.Rugi sangat2....

Semoga esok akan lebih baik buat aku...Selamat malam semua.

Friday, November 19, 2010

Before Match : Arsenal vs Tottenham

Derby paling menarik dalam EPL xmacam Manchester punye derby. Kali ni, kita semua harapkan kemenangan terus berpihak kepada arsenal bagi merampas kedudukan pendahulu liga andai chelsea kalah lagi.Barisan player arsenal untuk match ni :

Fabianski
Sagna-Squillaci-Koscielny-Clichy
Fabregas-Song-Wilshere
Nasri-Chamakh-Arshavin

Skuad yg mantap untuk berdepan dgn spurs.Kepulangan Koscielny dari penggantungan diharap dapat mengukuhkan lagi benteng pertahanan arsenal.Nasri dan Arshavin aku harap berjaya mengkucar kacirkan pertahanan spurs.

Good luck to Arsenal......jumpa lagi after match.Salam.

Sunday, November 14, 2010

Everton 1-2 Arsenal

Akhirnya arsenal menunjukkan permainan menarik mereka terhadap Everton dengan menjaringkan 2 gol.

Barisan pemain yg diturunkan seperti yang aku nak dlm post before match dimana Nasri bermain di bahagian kanan dan Arshavin di kiri. Percaturan ni nampak serba menjadi dengan Nasri keihatan begitu lincah dan bijak ketika mengasak kubu lawan.Arshavin juga memberi persembahan baik dengan beberapa percubaan ke arah gol dan 1 assist.

Penghujung babak pertama, Nasri cuba membawa bola ke tengah kawasan penalti dan melepaskan satu rembatan padu melalui kaki kiri dan berjaya ditepis goalkeeper.Namun bola muntah tersebut berjaya dikawal arshavin dgn baik dan arshavin menghantar bola kepada sagna dan goal!!!!!! Bacary sagna, pemain yg selalu cross akhirnya mengubah fikirannya harini untuk tidak cross sebaliknya cuba shoot dan hasilnya berbaloi baloi.


Arsenal terus mengawal bola pada masa kedua permainan dengan Denilson dimasukkan mengganti Wilshere yg kelihatan lemah di padang kerana saiznya yg agak kecik. Kemasukan denilson terus memberi impak kepada bahagian tengah arsenal. 

Minit ke 48, permainan one touch dari denilson,fabregas dan nasri berjaya mengelirukan pertahanan everton. Fabregas meletakkan namanya selaku penjaring apabila berjaya menyepak masuk hantaran nasri ke sebelah kiri gawang lawan.Arsenal 2-0 Everton.


Arsenal cuba memperlahankan rentak permainan dengan passing2 menarik dan kawalan bola yang kemas.Namun , 15minit terakhir,Everton kelihatan semangat semula apabila berjaya melakukan asakan2 dan memberi tekanan kepada arsenal.Fabianski sekali lagi membukikan kehebatannya menjaga gawang arsenal dengan menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya everton. Nampaknya, Almunia semakin dilupakan.hahaha.

Minit 89, Tim cahill berjaya memperoleh gol saguhati mereka walaupun keadaan mungkin foul akibat terjahan Saha ke atas song. Tetapi pengadil tidak mempedulikannya dan Arsenal 2-1 Everton. S#%* punye pengadil.

Tapi xpe,yg penting dah menang. Everton xsempat nak buat comeback macam dyeorang buat kat Man Utd dulu.Sorry fan everton, ARSENAL is better than Man Utd.Arsenal berjaya memintas Man utd di tangga kedua dan mengurangkan perbezaan mata dengan chelsea kepada 2.Sama2 kita harapkan chelsea kalah ataupun seri.Huhu.SEKIAN SAJA.

Friday, November 12, 2010

Before Match : Everton vs Arsenal


Lawan arsenal kali ni adalah Everton di Goodison Park. Everton xpernah kalah dlm 7 match yang lepas. Fuh, bunyinye macam menggerunkan. Mungkin pada perlawanan ni, kita patut expect seri je namun masih berharap kemenangan memihak kpd Arsenal untuk memintas man utd jika kalah/seri pada aston villa.

Tim cahill adalah midfield paling berbahaya Everton, pemain yang suka bertinju dengan bendera corner.Arsenal perlu mendominasi sepenuhnya bahagian tengah jika berhasrat untuk terus mengekalkan rentak kemenagan.

 Jangan bagi mamat ni berkuasa kat tengah padang

Line-up yg aku harapkan:

Fabianski
Sagna-Squillaci-Djourou-Clichy
Fabregas-Song-Wilshere
Nasri-Chamakh-Arshavin

Nasri telah pun pulih dari kecederaan dan dijangka akan diturunkan dalam kesebelasan utama game ni.Dan dengar cite jugak, Gibbs pun dah pulih.Aku nak sangat Nasri main kat kanan dan Arshavin kat kiri.Baru berbisa.Walcott, sorry la.Ko jadi pemain simpanan je.Aku xberape minat ngan walcott sebab:

1)passing xtepat
2)xpandai mengecek bola
3)sagna akan jadi kurang efektif sebab xdpt cross bola

Kelebihan walcott;
1)Laju
2)Boleh shoot ke gol

Kecergasan fabregas amat ditagih oleh arsenal kerana fabregas kelihatan kurang menyengat pada beberapa perlawanan yg lepas.Jika fabregas in form , nasri dan arshavin main baik,xmustahil 3 mata penuh boleh diraih Arsenal.

Selamat malam semua and tq for reading this blog!

Friendly Match-Fabregas in Spain line up and Van Persie for Holland ??

Ini memang xmasuk akal!!Baru je pulih terus Belanda panggil RVP main untuk perlawanan persahabatan menentang Turki yang bagi aku xpenting pun. Kadang2 aku terfikir jugak yang van persie ni patut dijual oleh arsenal dan beli striker baru yg mantap. Peluang untuk rvp cedera bila pulang dari friendly match ni sangat tinggi dan sekali lagi arsenal terpaksa menunggu lama untuk menggunakan khidmat striker Belanda ni.

Van Persie 10

Fabregas juga turut tersenarai dalam skuad Sepanyol menentang portugal di Lisbon. Dan aku harap fabregas x mengalami ape2 kecederaan yg serius apabila pulang ke kem arsenal nanti. Tengok pada pemain2 sepanyol,sume star2 belaka. Xpayah guna Fabregas pun dah power kot.Hehehe

Fabregas 4


Thursday, November 11, 2010

Hot Careers Through 2018 and Beyond

What are your top priorities for a new career?
-Good pay?

-Stability?

-Job security for the foreseeable future?

Hot Career #1: Accountant/Auditor


Hot factors:
  • There were 1.3 million accountant and auditor jobs in 2008...
  • And the Department of Labor projects about 279,400 new positions to be added through 2018.
  • Changing financial laws, evolving regulations, and more detailed scrutiny of company finances mean fast job growth for accountants.
Training options:
Bachelor's degree in accounting
Bachelor's degree in finance
Median salary: $59,430


Hot Career #2: Medical Assistant



Hot factors:
  • Medical assistants held a whopping 483,600 jobs in 2008, and that number is projected to grow...
  • In fact, medical assisting is one of the fastest growing jobs out there. The Department of Labor projects a 34 percent growth rate from 2008-2018.
  • More health care facilities are employing people who can do administrative as well as clinical work, which means more opportunities for medical assistants with the right training.
Training options:
Associate's degree in medical assisting
Medical assistant certificate program
Median salary: $28,300


Hot Career #3: Financial Examiner


Why it's hot:
  • This job should grow much faster than average (41 percent more job openings) over the next few years.
  • Businesses are increasingly aware of the need to follow financial regulations.
  • More government oversight of the financial sector means more jobs.
Training options:
Bachelor's degree in accounting
Median salary: $70,930


Hot Career #4: Dental Assistant


Why it's hot:
  • This in an in-demand job with 36 percent more openings predicted.
  • Population growth and increasing dental health for older people will drive the need for dental workers.
  • Dental patients are demanding flexible hours, so evening and weekend appointments mean more assistants will be needed.
Training options:
Associate's degree in dental assisting
Dental assistant certificate
Median salary: $32,380



 

Hot Career #5: Physical Therapist Assistant


Why it's hot:
  • As the baby boomers age, there will be more demand for physical therapy to recover from illness and injury.
  • Insurance companies are starting to cover more procedures, so more workers will be needed.
  • In fact, the Department of Labor expects to see fast growth in job openings for this position.
Training options:
Associate's degree in physical therapy
Physical therapy certificate
Salary: $46,140

 

Hot Career #6: Registered Nurse


Why it's hot:
  • More emphasis on preventive care and aging baby boomers will drive demand.
  • Health care reform means more people will be insured, so more nurses will be needed.
  • Half a million new nurses will be needed by 2018.
Training options:
Associate's degree in nursing
Bachelor's degree in nursing
Nursing diploma
Median salary: $62,450

 

Hot Career #7: Computer Software Engineer, Applications


Hot factors:
  • It's one of the fastest growing careers... and with technology continually evolving, that's no surprise.
  • The Department of Labor predicts a 34 percent increase in jobs between 2008 and 2018.
  • They number of new jobs to be created: 175,100.
Training options:
Bachelor's degree in computer programming
Bachelor's degree in computer engineering
Median salary: $85,430 

Wednesday, November 10, 2010

Wolves 0-2 Arsenal


HIGHLIGHT

Rekod baru : Gol terpantas EPL musim ni 39saat daripada Chamakh.
Gol yang begitu pantas hasil hantaran silang Song dari sebelah kanan. Tersenyum manis pak wenger.

Namun permainan x begitu mudah seperti gol awal kerana rata2 bola dikawal rapi oleh wolves dan banyak serangan ke arah gawang arsenal. Sungguh mendebarkan setiap kali serangan wolves ke kubu arsenal namun gawang arsenal dikawal baik oleh fabianski. Ni antara performance terbaik dari fabianski dengan menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya.

Barisan pagi tadi :

Fabianski
Sagna-Squillaci-Djourou-Clichy
Fabregas-Song-Wilshere
Rosicky-Chamakh-Arshavin

Percaturan yg menjadi kali ni dimana arshavin kelihatan amat berbahaya dengan melepasakan beberapa shoot kencang ke gol wolves. Salah satu daripadanya ialah gerakan solo dari kiri ke tengah kotak penalti dan rembatan kencang terkena tiang kiri gol lawan.Sungguh xbernasib baik.

Fabregas pula mendapat peluang terbuka untuk menambahkan jaringan namun rembatan jarak dekat beliau tersasar dan 1 lagi cubaan menarik dari djorou yg juga off target. Penyudah arsenal makin tumpul dimana semakin kurang gol dihasilkan pada setiap perlawanan.

Setelah wolves melancarkan serangan demi serangan pada 4 minit masa tambahan, fabregas berjaya mencari chamakh yg tidak dikawal rapi dan chamakh berjaya menyudahkannya dengan bergaya sambil menunjukkan isyarat game over!!

Fakta menarik lagi : chamakh menghasilkan gol pada minit pertama dan minit terakhir perlawanan.

Kemenangan ni mengekalkan arsenal di kedudukan ke3 liga terpisah 5 mata dengan chelsea  yg berjaya menundukkan fulham 1-0 dan 1 mata dengan man utd yg seri tanpa jaringan dengan man city.

Tahniah untuk arsenal dan thanks to chamakh because u make my day!!Huhu.

Maroune Chamakh : Penanduk terbaik!



Tuesday, November 9, 2010

Before Match : Wolves vs Arsenal

Arsenal perlu membuktikan sesuatu pada game awal pagi esok bagi memberi cabaran kepada Chelsea dan Man utd. Wolves yang tiada krisis kecederaan dilihat mampu memberi cabaran sengit kepada arsenal namun jauh di dlm sudut hati aku, aku percaya akan kebolehan pemain2 arsenal untuk menang.

Kembalinya almunia drpd kecederaan sedikit pun tidak melegakan hati aku sebaliknya agak risau kalau almunia diturunkan. Tapi aku rasa fabianski akan jadi pilihan wenger.

Berdasarkan perlawanan yg lepas, walcott x boleh main dengan sagna dibahagian kanan sebab walcott xsuka cross bola dan sagna xde space untuk cross.Aku rasa nasri patut isi semula position wing kanan dan arshavin kat kiri. Walcott main sebagai pemain gantian.

Van persie xperlu turun awal2 mungkin 10minit terakhir sebab masih mencari rentak dan bahagian tengah macam biasa fabregas,song dan wilshere.1 lagi, bek kiri,clichy kurang kreatif. Patut tengok ashley cole main macam mana.

Nantikan jela keputusan match ni.Harap2 menang.Baru semangat nak update blog.huhu

Sunday, November 7, 2010

Andy Carroll racunku dan Torres penawarku

Kekalahan ni memang aku x jangkakan lebih2 lagi main kat emirates. Sungguh mengejutkan, fabregas kurang menyerlah,nasri pula kelihatan mengalami kecederaan dan fabianski tersilap langkah.Kehadiran van persie juga xmampu mengubah nasib arsenal.

Andy carroll, pemain yg pernah menarik perhatian wenger membuktikan kehebatannya apabila berjaya menjaringkan gol kemenangan untuk newcastle pada penghujung separuh masa pertama. Fabianski jelas tersilap langkah apabila gagal menampan bola keluar dari kotak penalti arsenal.

 Carroll pemain yg berbakat besar

Xbanyak yg ingin aku ulaskan tentang arsenal kerana ternyata satu lagi perlawanan yang mengecewakan dan xlupa juga red card koscielny pada penghujung masa tambahan menambah duka arsenal.

Perlawanan lain menyaksikan man city menang 2-0 ke atas west brom hasil jaringan 2 gol daripada mario balloteli dan ballotelli kene red kad jugak. Main memang ganas dan layak mendapat kad merah.

 Balloteli wira City

Perlawanan menarik antara liverpool dan chelsea baru je habis. Keputusannya liverpool 2-0 chelsea. Terima kasih kepada fernando torres yang ternyata memang mantap pada perlawanan ni.Gol kedua Torres memang menarik.

 Torres : Sungguh berbisa

Dengan kekalahan chelsea dan arsenal, peminat man utd mungkin sedang tersenyum lebar dan mungkin juga sedang berparti meraikan keciciran mata arsenal dan chelsea. 

Sungguh kecewa.sanggup aku korbankan masa study untuk layan Arsenal tapi hasilnya mengecewakan.

Sekarang aku nak fokuskan kembali terhadap final exam.Wish me luck!!

MOTD Highlight by amriazmi


10 tanda anda terlebih exercise




1. Decreased performance. A drop in your workout performance is one of the earliest signs of overload, according to Jini Cicero, a conditioning specialist based in Los Angeles, Calif. Altered performance levels are often more apparent in endurance activities such as running, swimming and cycling, she says.

2. Disinterest in exercise. A significant decrease in motivation or enjoyment of the activity can be a major sign of burnout, Cicero says. This more often occurs in weight lifters, sprinters or soccer players who are driven by speed and power.

3. Mood changes. Depression, anger, confusion, anxiety and irritability are common when your body is overstressed physically. Those same stress hormones you release when you're emotionally stressed are also released when you're physically overloaded, Cicero explains.

4. Delayed recovery time. Persistent muscle soreness that lasts for hours or days after your workout is a sure sign you need more rest, according to Joseph Ciccone, a physical therapist at ColumbiaDoctors Eastside Sports Therapy in New York City.

5. Elevated resting heart rate. "When you put more stress on the heart, it has to work a lot harder," Ciccone says. An increase in your normal resting heart rate, say, from 50 beats per minute to 65 beats per minute, could indicate that you're placing excessive stress on your body.

6. Fatigue. Mental or physical grogginess is a hallmark sign of overtraining, says nutritional biochemist Shawn M. Talbott and author of Natural Solutions for Pain-Free Living, based on his research on over-stress patterns in professional athletes. "The knee-jerk reaction to sluggishness is to exercise for an energy boost, but it's a catch-22," he says. "Another workout might wake you up short-term, but you'll be worse off later on."

7. Insomnia. Being in a state of overload often comes with disrupted sleep patterns, so instead of getting that much-needed rest, Talbott says, "you become restless and can't fall asleep."

8. Diminished appetite. "A decrease in appetite can occur in the middle to later stages of overtraining, and goes hand in hand with feelings of fatigue and lack of motivation," says Stenstrup. By slowing down bodily processes like metabolism, the body attempts to force a reduction in its workload.

9. Fat gain. If you've lost weight but noticed an increase in body fat, you could be in the later stages of exercise overload. The body responds to prolonged stress by elevating levels of stress hormones, including cortisol, Stenstrup says. Over time this will lead to increased storage of adipose tissue, as well as inhibit steroid-like hormones that normally help increase muscle. A decrease in muscle mass can cause you to shed a few pounds, but this isn't a good thing since it means your body's less efficient at burning fat.

10. Weakened immune system. Don't try to push through that exercise funk, Talbott warns, "or you'll keep sliding down—to a weakened immune system, inflammation, and outright injury." Not a good thing. Prolonged overtraining can take weeks, even months, to recover from, and can put your health at risk. Chronic inflammation, for example, has been linked to diabetes, heart disease and cancer. Bottom line: Nurture your body and give it a much-deserved break when it needs to rest after that tough workout.

Kesimpulannya, Berpada pada apabila bersenam.Aku pun perlu berehat 1-2 hari.Otot2 dah rase semacam dah..

Saturday, November 6, 2010

Before Match : Arsenal vs Newcastle



Pemain2 untuk game menentang newcastle :

Fabianski
Sagna-Squillaci-Koscielny-Clichy
Song-Fabregas-Wilshere
Walcott-Chamakh-Nasri

Ok,ini antara skuad yg paling mantap setakat ni.Untuk game kat emirates ni, aku rasa arsenal xde masalah besar untuk menewaskan newcastle. Wilshere telah pun habis dari penggantungan 3 perlawanan manakala Song,Fabregas dan Arshavin telahpun pulih namun Arshavin dijangka diturunkan sebagai pemain gantian.

 Fabregas kembali beraksi

Newcastle telah pun dirogol oleh Arsenal 4-0 pada match carling cup tempoh hari namun skuad the magpies ni telah menunjukkan kemampuan mereka menjaringkan gol ketika membelasah Sundeland 5-1.

 Andy Carroll dan Kevin Nolan antara pemain yang perlu dikawal

Arsenal tidak boleh memandang rendah terhadap keupayaan lawan dan permainan harus ditingkatkan lagi berbanding perlawanan menentang west ham minggu lepas.

Game start agak awal mungkin sekitar 9.30 malam waktu Malaysia dan macam biasa aku akan tengok kat internet je.Arsenal 3-1 Newcastle.

 Aku akan datang sini satu hari nanti

Friday, November 5, 2010

Robin Van Persie (RVP)

Seperti anda sedia maklum, RVP adalah player Arsenal yang paling senang cedera dan mengambil masa yg lama untuk kembali pulih. Beliau sering cedera ketika bermain untuk pasukan kebangsaan nya, Belanda dan baru2 ni telah diketepikan selama 9minggu akibat kecederaan yg sama. Van Persie dijangka sudah boleh  turun berlatih sepenuh masa dan mungkin akan boleh bermain pada pertengahan November.

Namun, jurulatih Belanda telahpun menyenaraikan RVP untuk perlawanan persahabatan yang aku rasa sangat xpenting dan sangat berisiko untuk van persie cedera lagi. Arsenal hanya menggunakan khidmat beliau baru beberapa perlawanan je musim ni dan ini sangat xbagus.

Wenger sangat xsetuju dengan tindakan jurulatih Belanda,Bert van Marwijk yang sering menggunakan khidmat van persie. Tau r RVP hebat, tapi agak2 r.


Pemain kidal ni memiliki sentuhan penyudah yang sangat baik dan mampu membuat banyak assist gol untuk rakan sepasukan. Aku x sabar nak tengok van persie kembali beraksi untuk Arsenal walaupun 10minit.Cepat sembuh.

Wednesday, November 3, 2010

Shaktar 2-1 Arsenal

Arsenal turun dengan baju kuning dan ini sangat x bagus sebab dengan baju kuning, peluang arsenal untuk kalah agak tinggi. Harini 1 lagi bukti kekalahan arsenal ketika berbaju kuning. Mungkinkah design baju kuning membuat player2 berasa kurang selesa?atau mungkin berasa kurang yakin berbanding memakai baju merah?Ini semua perlu dikaji melalui soal selidik terhadap player.

Kemenangan shaktar meletakkan mereka di tangga ke2 berkongsi 9 mata dengan arsenal.Eduardo sekali lagi membuktikan ketajaman penyudahnya apabila berjaya menyumbat gol kemenangan dan sekali lagi tanpa meraikannya.Kagum aku dgn eduardo.

 Masih berbisa

 Gol pembukaan perlawanan

Bentner membuktikan kesampahan dye sekali lagi sementara walcott berjaya menjaringkan 1 gol untuk arsenal.walaupun kalah,aku xkisah sangat sebab aku lebih pentingkan game menentang newcastle minggu ni.xsabar!!

Harini aku nak merayau2 kat bukit bintang.huhu..

http://www.mediafire.com/?e0gsjfglbdd8q1w

Before match : Shaktar Donetsk vs Arsenal

Arsenal akan turun menentang Shaktar tanpa kelibat beberapa pemain utama seperti Fabregas(hamstring), Song(calf), Denilson (groin) dan Arshavin(virus).

 Si buntal tengah demam

Namun, skuad yang bakal diturunkan wenger awal pagi ni agak mantap jugak sebab player2 simpanan arsenal banyak yang tiptop. 11 utama pagi esok mungkin:

Fabianski
Sagna-Squillaci-Koscielny-Clichy
Rosicky-Wilshere-Nasri
Walcott-Chamakh-Eboue

Kan aku da cakap..Skuad ni kira kuat jugak dengan kehadiran Wilshere, Nasri,Rosicky,Walcott dan Chamakh.Nasri yang baru2 ni telah dipilih sebagai pemain pilihan bulan oktober dijangka akan menunjukkan prestasi mantap beliau lagi bagi merobek gawang shaktar. Bagi aku,nasri sepatutnya menjadi penalti kick utama Arsenal setelah Fabregas gagal menyempurnakan penalti arsenal tempoh hari.

Walcott: Harapan the gunners

Eboue pun tersenarai jugak.Mungkin wenger kesian kat dye ni asyik xdapat main.Chamakh  mesti skor sebab dah lame xskor.Bagi tanduk baek punye.
Dan...walcott.aku harap dye on fire pagi esok.2 bijik pun ok dah..

So,Harap aku dapat tengok game malam ni dan Arsenal menang dengan bergaye!!

Sunday, October 31, 2010

Carling Cup Quarter-Final Draw


Undian Suku akhir menyaksikan Arsenal menanti kunjungan Wigan di Emirates. Satu undian yg bagus dan lebih berpihak kepada the gunners. So,dengan kelebihan bermain kat home,aku harap sangat Arsenal dapat melangkah ke separuh akhir.

Undian lain menyaksikan :

Birmingham vs Aston Villa
West Ham vs Manchester United
Ipswich vs West Brom


Saturday, October 30, 2010

Arsenal 1-0 West ham


Arsenal-west ham

Perlawanan yg dijangka mudah adalah amat sukar sebenarnya. Kehebatan robert green menahan setiap asakan arsenal memang superb. Barisan arsenal game ni ialah:

Fabianski
Sagna-Squillaci-Koscielny-CLICHY
SONG-Denilson-Fabregas
Nasri-Chamakh-Arshavin

Kenapa aku tulis name clichy ngan song huruf besar??
Mereka ni lah yg membuat gol pada penghujung perlawanan minit ke88. Perlawanan sungguh mendebarkan kerana setiap asakan dan cubaan Arsenal berjaya diselamatkan oleh robert green.Memang mantap la mamat ni.



 Penyelamat Arsenal

Antara cubaan berbahaya Arsenal ialah :
1) Rembatan Fabregas dari dalam kotak penalti setelah menerima hantaran rendah sagna
2) Free kick kencang dari nasri terkena palang
3) Sepakan walcott ke penjuru gol terkena tiang
4) Rembatan kaki kiri walcott berjaya ditepis

Akhirnye,minit ke 88,clichy berjaya memperdayakan behrami dan berjaya menyeludup masuk ke dalam kotak penalti. Clichy melakukan chip menarik untuk alex song menanduk gol tunggal arsenal dan 3 mata penuh untuk arsenal..Huhhu

Before match : Arsenal VS West ham united

Arsenal dijangka akan meneruskan momentum kemenangan apabila menerima kunjungan west ham di Emirates. Barisan kemungkinan Arsenal :
Fabianski
Sagna-Squillaci-Koscielny-Clichy
Song-Fabregas-Arshavin
Walcott-Chamakh-Nasri
Xde apa aku nk ckap, cuma harap game malam ni menarik dan Arsenal makan besar malam ni.4-0 cukup x??

Thursday, October 28, 2010

Newcastle 0-4 Arsenal



Arsenal melengkapkan minggu gemilang dengan 1 lagi kemenangan bergaya 4-0 ke atas Newcastle.Setelah shaktar donetsk dibantai 5-1, man city ditibai 3-0, kali ni the magpies pulak menerima nasib yg sama.

Barisan yg diturunkan:

Szczesny
Eboue-Koscielny(C)-Djourou-Gibbs
Denilson-Eastmond-Rosicky
Walcott-Bendtber-Vela

Fabregas,Arshavin,Sagna,Jet,Fabianski,Lansbury di bangku simpanan.

Di awl separuh masa pertama banyak peluang disia siakan,namun bendtner memecahkan kebuntuan gol pada penghujung 1st half dengan tandukan deras ke arah keeper untuk own goal.Dan gol2 seterusnya dijaringkan oleh Walcot-Bendtner-Walcott lagi.Memang 2 orang ni tengah gila gol lepas pulih dari kecederaan masing2.


Koscielny : Kapten pada game pagi tadi

Premier league minggu ni, arsenal menanti mangsa seterusnya di Emirates iaitu west hamBURGER...Ada sape2 nak jadi John Dykes untuk Arsenal forecast?Hahaha.Nantikan ulasan before match untuk game vs west ham. Salam.

Tuesday, October 26, 2010

Before match : Newcastle vs Arsenal

Carling Cup match kali ni, Wenger akan merehatkan beberapa pemain utama bagi memberi peluang kepada pemain2 muda yg lain menunjukkan bakat masing2. Team yg disenaraikan adalah seimbang, kemungkinan :

Szczesny
Eboue-Koscielny-Djorou-Gibbs
Rosicky-Denilson-Lansbury
Walcott-Bendtner-JayEmmanuelThomas

Koscielny sudahpun pulih dan akan terus bermain manakala Wilshere masih di banned 3 match. Di bahagian tengah, ada Rosicky dan Denilson yg boleh dianggap senior.Begitu juga Walcott dan Bendtner di bhgn serangan. Jay bakal diberi peluang beraksi 90minit penuh tetapi bergantung juga pada corak permainan yg bakal dia tunjukkan.

JET memiliki penyudah yg baik
Rosicky akan mengemudi jentera tengah Arsenal

Musim ni, Wenger kelihatan serius walaupun untuk Carling cup bagi menamatkan kemarau trofi 5 tahun Arsenal.

Game start awal pagi khamis sekitar 2.45 pagi waktu Malaysia dan Arsenal bertandang ke St James' Park, Newcastle.Harap arsenal menang untuk melangkah ke peringkat suku akhir.